PETALING JAYA, 26 JUN 2025 - Pusat KOMAS memuji Angkatan Tentera Malaysia kerana melaksanakan pelantikan dan kenaikan pangkat secara profesional dan berprinsip. Ini seharusnya menjadi contoh kepada seluruh perkhidmatan awam di Malaysia. Kami juga ingin mengucapkan...
Pusat KOMAS Memperingati Hari Antarabangsa Bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum dengan Pelancaran Malaysia Racism Report 2024 dan Tinjauan Khas 10 Tahun
PETALING JAYA, 21/3/2025 - Sempena Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum, Pusat KOMAS menyeru tindakan segera untuk diambil bagi menghapuskan masalah perkauman dan diskriminasi kaum di Malaysia. Di Malaysia, diskriminasi kaum kekal sebagai isu mendalam...
Pusat KOMAS Mengutuk Penghinaan Insensitif, Menyeru Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional
Pusat KOMAS kecewa dengan tindakan para DJ ERA FM baru-baru ini yang mempersendakan adat dan upacara suci yang diamalkan semasa perayaan Hindu, iaitu Thaipusam, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia. Insiden ini menggariskan keperluan mendesak...
Pilih dengan Bijak, Tolak Ahli Politik dan Parti Politik yang Menggunakan Kaum dan Agama dalam Kempen Pilihan Raya
Pusat KOMAS kecewa dengan penggunaan kaum dan agama berulang kali oleh para ahli politik dan parti politik semasa kempen pilihan raya. Berdasarkan kenyataan yang baru dikeluarkan oleh Architects of Diversity (AoD), sekurang-kurangnya 17 kali isu kaum dan agama digunakan semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15. Sekali lagi, calon-calon dan parti-parti dari kesemua pakatan politik, iaitu Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan didapati menggunakan kaum dan agama...
Permulaan yang baik untuk membuktikan slogan
Kami menyelar kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh seorang ahli parti yang merupakan sebahagian daripada kerajaan terhadap pemain badminton kebangsaan. Ianya bertentangan sama sekali dengan semangat konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri, kesepaduan sosial yang dibina dan juga kesukanan. Kita telah menyaksikan peningkatan kejadian dimana individu, kumpulan dan parti politik meniupkan sentimen perkauman dan keagamaan secara sedar atau kerana...
YAB Perdana Menteri, Harapan Kami Terhadap “Keluarga Malaysia” Yang Terangkum
Ketidakstabilan politik yang melanda Malaysia telah memburukkan lagi pandemik Covid-19 dengan memberi kesan negatif kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Dengan situasi politik semasa di Malaysia yang telah “agak reda”, kami di Pusat KOMAS mengharapkan Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Ismail Sabri untuk bertindak dengan penuh ikhlas dalam memimpin seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk keluar dari pandemik ini. Kami juga ingin...
Keaiban kepada kerjaya perubatan: Respon terhadap cadangan untuk melindungi kepentingan kumpulan tertentu di dalam sektor perubatan
Pusat KOMAS kecewa dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia pada 23 Jun 2021 berkaitan satu laporan berita bertajuk “Teliti Semula Urusan Pengambilan Pegawai Perubatan”. Kami bersetuju dengan pandangan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bahawa prejudis perkauman dan keagamaan tidak sepatutnya mempengaruhi proses pemilihan sebahagian pegawai kontrak untuk dilantik ke jawatan tetap. Kaum, agama, etnik dan jantina tidak sepatutnya menjadi...
Hentikan provokasi berasaskan sensitiviti perkauman dan agama, elak tindakan melulu, jauhi perbuatan yang berniat jahat
Kluster Harmoni Platform CSO untuk Perubahan mengecam tindakan kekerasan fizikal yang berlaku dalam insiden pergaduhan berunsurkan sensitiviti keagamaan yang berlaku di Sungai Way, Petaling Jaya pada 11 Jun 2021. Berdasarkan siaran media oleh Ketua Polis Petaling Jaya pada 11 Jun 2021, kami berpandangan isu ini dapat dibendung sekiranya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dihormati tanpa penularan tangkap layar aplikasi yang mendedahkan maklumat pelanggan. Selain itu, penghantar makanan...
Konflik Palestin Israel: Gencatan senjata dialu-alukan tetapi amalan diskriminasi terhadap Warga Palestin harus dihentikan
Photo credit to IndiaToday Pusat KOMAS mengalu-alukan genjatan senjata yang diumumkan oleh pihak Israel dan Hamas setelah tindakan ketenteraan oleh rejim “aparteid” Israel yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan tidak seimbang terhadap rakyat Palestin di Gaza serta Tebing Barat baru-baru ini yang telah berlarutan selama lebih satu minggu. Kejadian berbalas serangan antara pihak Israeli Occupation Forces (IOF) dan Hamas yang tercetus sebelum sambutan Aidilfitri lalu bukanlah satu perkara yang...
Raikan Kepelbagaian dan Tolak Diskriminasi Kaum dan Keagamaan di Tempat Kerja
Pusat KOMAS memuji tindakan tangkas pihak Polis Klang Selatan memberkas empat orang individu yang disyaki terlibat dalam kejadian dua orang pengawal peribadi yang telah menerima layanan buruk secara fizikal dan lisan oleh majikan mereka pada 14 April 2021. Saranan yang diberikan oleh pihak Polis Klang Selatan supaya masyarakat atau mana-mana individu untuk tidak menyalahgunakan media sosial dengan menjadikan kes ini sebagai isu perkauman wajar dipatuhi semua. Pusat KOMAS berpandangan bahawa...
Tangani Rasisme Sebelum Ianya Menjadi Ekstremisme
Peningkatan mendadak rasisme telah menimbulkan kegusaran di negara kita pada hari ini. Rasisme yang tidak dikekang berpotensi mencetuskan ekstremisme. Golongan ekstremis menolak hak-hak asasi manusia sejagat dan tidak berempati terhadap orang lain serta hak mereka. Mereka juga menolak kepelbagaian dan pluralisme. Persidangan Kebangsaan Ke-10 yang diadakan pada 22 Mac 2021 dengan tema “Racism Spark Extremism” (“Rasisme Pencetus Ekstremisme”) yang dianjurkan oleh Pusat KOMAS telah meneliti...
Kenyataan Bersama Organisasi-organisasi Masyarakat Sivil (CSOs) atas penggunaan sejagat kalimah Allah
Kerajaan diseru tarik balik rayuan. Semua pihak diseru terima keputusan Mahkamah Tinggi dan beranjak ke depan. Kami, organisasi-organisasi masyarakat sivil (CSOs) yang bertandatangan di bawah menyeru Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menarik balik rayuan Kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac untuk membenarkan semua anak Malaysia untuk menggunakan kalimah Allah, perkataan bermakna Yang Maha Esa yang dipinjam daripada bahasa Arab oleh Bahasa Malaysia, Bahasa Iban,...
Keikhlasan Kerajaan Adalah Penting Dalam Agenda Perpaduan Nasional
Pusat KOMAS mengalu-alukan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021 - 2030 (RTPN) yang diumumkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Ianya adalah suatu langkah ke hadapan dalam mempromosikan perpaduan di waktu sebegini tetapi beberapa penelitian terhadap rekod masa lalu perlu diambil kira sebelum satu lagi idea baharu hanya kekal di dalam lembaran kertas kerja semata-mata tanpa menjadi pelaksanaan yang kukuh. Kerajaan PN telah beberapa kali menampilkan imejnya sebagai kerajaan...


