Piawaian & Polisi Antarabangsa

Piawaian Hak Asasi Manusia Antarabangsa

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) merupakan dokumen penting mengenai hak asasi manusia. Ianya menekankan kepentingan kesamarataan dan nyah-diskriminasi di dalam hak asasi manusia: Perkara 1 menyatakan bahawa: “Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.” Susulan kenyataan ini, Perkara 2 memperuntukkan bahawa: “Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan, seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, ugama, faham politik atau lain-lain fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau sosial harta-benda, kelahiran atau apa-apa taraf lain. Seterusnya, tiada sebarang pembezaan boleh dibuat berasaskan pada taraf politik atau bidangkuasa ataupun antarabangsa sesebuah negara atau wilayah datangnya seseorang itu, sama ianya merdeka, beramanah, tanpa pemerintahan sendiri atau berada di bawah apa-apa sekatan kedaulatan lainnya.”
udhr booklet

Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum

Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ialah suatu konvensyen yang diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1963, dimana negara-peserta perlu memberi komitmen terhadap penghapusan diskriminasi kaum dan mempromosi kesamarataan dan perpaduan di kalangan semua kaum.

Kempen “Ratifikasi ICERD”

Dalam usaha kami untuk mempromosi kesamarataan kaum di negara ini, kami bersama 7 organisasi masyarakat sivil telah memulakan kempen advokasi supaya Kerajaan Malaysia meratifikasi ICERD. Walaupun kerajaan masih belum meratifikasi ICERD sehingga kini, kami terus melakukan advokasi untuk penghapusan diskriminasi kaum di Malaysia dan memastikan negara ini mematuhi piawaian antarabangsa berkenaan kesamarataan kaum.

icerd
ASEANHumanRightsDeclaration Cover 1

Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN

Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN menegaskan komitmen negara-negara ASEAN terhadap hak asasi manusia penduduknya seramai 600 juta orang. Ianya telah dipersetujui oleh Ketua-Ketua Negara/Kerajaan ahli ASEAN di Phnom Penh, Kemboja pada 18 November 2012.

SDG 1

Matlamat Pembangunan Mampan

Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) telah dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2015 sebagai seruan untuk tindakan global bagi menamatkan kemiskinan, melindungi bumi, dan memastikan semua manusia menikmati keamanan dan kemakmuran menjelang tahun 2030. Ianya telah memperakui kesemua 17 Matlamat adalah bersepadu dan tindakan ke atas satu Matlamat akan memberi kesan terhadap Matlamat yang lain, dan sebarang pembangunan perlu mengimbangkan kemampanan sosial, ekonomi dan alam sekitar. Kerja-kerja Pusat KOMAS mempunyai kaitan dengan Matlamat 10 (Mengurangkan Kesenjangan) dan Matlamat 16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh).

SDG Goal 10 1

Goal 10: Reducing Inequalities

SDG Goal 16 1

Goal 16: Peace, Justice and Strong Institutions

Deklarasi Durban dan Program Tindakan

Deklarasi Durban dan Program Tindakan (DDPA) adalah pelan tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membasmi rasisme, diskriminasi kaum, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi yang berkaitan di seluruh dunia. Dokumen ini dihasilkan sewaktu Persidangan Antarabangsa Bagi Melawan Rasisme, Diskriminasi Kaum, Xenofobia dan Sikap Tidak Toleran Berkaitan yang telah dianjurkan pada tahun 2001 di Durban, Afrika Selatan.