Penyelidikan & Penerbitan
Aku Bangsa Malaysia Cerita-cerita Foto Anti-Diskriminasi
Muat Turun PDF
27.4MB
Menyapu Sampah ke bawah Tikar
Muat Turun PDF
Penelitian mengenai Keserasian Kerangka Perundangan Malaysia dengan Piawaian Antarabangsa
Susulan dari reaksi negatif yang diterima oleh Kerajaan Malaysia sewaktu di awal proses ratifikasi ICERD, Pusat KOMAS telah memulakan projek kajian perundangan yang meneliti kedua-dua sistem perundangan sivil dan Syariah mengenai isu anti-diskriminasi di Malaysia. Di dalam projek ini, pelbagai isu keabsahan mengenai anti-diskriminasi telah dianalisa dengan teliti dan syor-syor mengenai ratifikasi ICERD telah diberikan.
Muat Turun PDF Versi Bahasa Inggeris
Kajian Psikologi mengenai Identiti Nasional Bangsa Malaysia
Pusat KOMAS telah mengendalikan sebuah projek kajian mengenai Identiti Nasional Bangsa Malaysia pada tahun 2021. Empat puluh rakyat Malaysia telah ditemubual mengenai apa yang mereka fikir dan rasai berkenaan identiti etnik dan identiti nasional mereka, dan juga pandangan umum mereka mengenai negara ini. Berdasarkan analisa awal terhadap data kualitatif, kami menemui corak identiti nasional yang ambivalen* di kalangan rakyat Malaysia.
(Definisi ambivalen: mempunyai perasaan yg bertentangan terhadap seseorang, sesuatu atau keadaan (spt rasa benci dan rasa sayang kpd seseorang pd masa yg sama). (Kamus Dewan Edisi Keempat))





