Bahan Pendidikan dan Advokasi

Video Pendek

Media Dalang Rasisme

Media massa memainkan peranan penting dalam menyebarkan keamanan atau kebencian di Malaysia. Apa yang berlaku apabila syarikat media cuba mencapai penilaian yang lebih baik tetapi mengabaikan peranan mereka sebagai utusan kepada orang ramai?

Jaguh Rasis di Kampung

Malaysia yang aman sepatutnya bukanlah tempat di mana hanya rakyatnya diperlakukan dengan hormat. Jika kita tidak mahu didiskriminasikan ketika berada di negara lain, mengapa kita harus mendiskriminasi mereka yang datang ke tanah air kita?

Sampai Bila

Tiga generasi, satu masalah; Sampai Bila menggambarkan bagaimana perkauman dapat diwujudkan di dalam institusi keluarga dan diwarisi dari generasi ke generasi.

iRacist

Adakah anda pernah mendengar tentang alat mudah alih yang baru dilancarkan, ‘iRacist’? Ia akan menentukan bagaimana pengguna melihat individu lain, meningkatkan pengalaman hidup pengguna dalam masyarakat pelbagai kaum… atau mungkin kehidupan anda memerlukan permulaan baharu.

Fakta bukan Auta

Duduk di mamak/kopitiam, menikmati teh tarik kegemaran anda, berkongsi perbualan tentang segala-galanya di bawah matahari… adakah ianya suasana yang baik untuk menyanggah mitos perkauman di Malaysia?

Kata Siapa

Ahli-ahli koperasi pertanian gembira dengan kemajuan mereka dalam pembangunan ladang, sehingga seorang ahli politik tertentu datang dan mulai bercakap dengan cara yang membuat mereka tidak selesa dan memaksa mereka bertanya, “Siapa yang sebenarnya mengatakan begitu?”

Filem

Gadoh 1

Gadoh (2010)

Gadoh menceritakan kisah sekumpulan remaja yang bergaduh sesama sendiri atas sebab perkauman; satu kitaran kebencian dan keganasan yang diburukkan oleh persekitaran dan sistem sekolah mereka.

Seorang guru yang percaya bahawa perubahan itu adalah satu kemungkinan, telah mengambil peluang atas situasi ini untuk memperbaiki imej buruk sekolah. Beliau melibatkan bantuan seorang rakan lama yang juga seorang aktivis teater untuk tugas yang sukar ini.

Adakah ada harapan di tengah-tengah kitaran diskriminasi yang melingkungi kita?

Kompilasi Video Bangsa Malaysia

Training Video for Keris, Wushu and Bow and Arrow

Ada banyak cara untuk gunakan senjata tradisional pada hari ini, seperti yang dapat kita lihat dalam perhimpunan parti-parti politik. Video ini memberikan beberapa contohnya.

Ayah Kenapa Tebang Pokok Pisang

Hassan, kanak-kanak berusia 8 tahun, menyaksikan keluarganya melalui masalah kewangan apabila mereka diusir keluar dari kampung ke kota. Bukan mereka sahaja yang terkesan apabila golongan pelabur kaya membeli tanah milik mereka.

My New Home

Si Cilik Mei Mei baru saja berpindah ke komuniti baharu dan telah mula berkawan; namun keluarganya tidak merasakan pengalaman yang serupa dengannya ekoran dari perbezaan bahasa dan budaya.

Loud Thoughts

Video ini mengajak kita menyelami rahsia disebalik prejudis yang selalunya tersembunyi.

Laundry

Davina, seorang pelajar kolej, merasa ragu untuk membantu pembantu rumah Indonesia jirannya, Aishah, apabila Aishah memohon bantuan Davina untuk meminjamkan telefonnya bagi menghubungi keluarganya. Bagaimanapun, Davina mula berkawan dengan Aishah – dan mendapati ada sesuatu yang tidak kena mengenai layanan majikan Aishah terhadapnya.

Jom Gi Minum

Ikuti perjalanan seorang graduan, Arasu, yang bergelut mencari pekerjaan dan mengalami lebih dari layanan terpilih berdasarkan kaum.

Jalan Jalan

Tonton gelagat Amedia, Hadin, Chin dan Abhay bersaing dalam acara larian dan membalas dendam sesama mereka di dalam video pendek yang lucu dan pelbagai bahasa ini.

Darahku Merah

Seorang gadis kecil, dengan murninya, mempersoal ibubapanya tentang peranan media mengenai kaum dan warna kulit.

Antara Cinta dan Bangsa

Mari bersama Angela belajar apa itu ‘label’, ‘stereotaip kaum’ dan ‘diskriminasi’ di dalam hubungan percintaan dan sosial.

Ada Apa dengan Cina

Kisah yang memberi tumpuan kepada kitaran diskriminasi yang berlaku secara berterusan di dalam masyarakat kita.

1957.1969.2006

Ikuti kisah kehidupan dari 3 era berbeza, mengenai harapan dan cita-cita, dan bagaimana perubahan berlaku sepanjang masa berputar.