Kenyataan Media

Pusat KOMAS menyatakan pendirian terhadap isu semasa di Malaysia yang berkaitan dengan rasisme, diskriminasi kaum dan xenofobia.

Kebencian Tidak Boleh Dilawan Dengan Kebencian

Pusat KOMAS membantah sekeras-kerasnya perbuatan seorang penuntut universiti yang memuat naik gambar di media sosial yang memaparkan tindakan memijak al-Quran.Perbuatan ini amat menghina, tidak bertanggungjawab, dan sama sekali tidak mencerminkan nilai sebuah...

baca lagi

Kenaikan Pangkat Lt. Jen. Johnny Lim Merupakan Kejayaan Yang Wajar Dirai, Bukan Dijadikan Alat Penyebar Fitnah

PETALING JAYA, 26 JUN 2025 - Pusat KOMAS memuji Angkatan Tentera Malaysia kerana melaksanakan pelantikan dan kenaikan pangkat secara profesional dan berprinsip. Ini seharusnya menjadi contoh kepada seluruh perkhidmatan awam di Malaysia. Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tingginya tahniah kepada Lt. Jen. Johnny Lim Eng Seng atas kenaikan pangkat beliau yang bersejarah dan sesuai menjadi satu gambaran jelas terhadap sebuah Malaysia yang berpegang kepada prinsip meritokrasi. Malangnya, detik...

baca lagi

Pusat KOMAS Memperingati Hari Antarabangsa Bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum dengan Pelancaran Malaysia Racism Report 2024 dan Tinjauan Khas 10 Tahun

PETALING JAYA, 21/3/2025 - Sempena Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum, Pusat KOMAS menyeru tindakan segera untuk diambil bagi menghapuskan masalah perkauman dan diskriminasi kaum di Malaysia. Di Malaysia, diskriminasi kaum kekal sebagai isu mendalam yang mempengaruhi dasar, institusi, dan interaksi harian sesama. Perkauman terus menggugat keharmonian sosial melalui retorik politik dan ketiadaan dasar untuk menangani isu isu diskriminasi dan ucapan kebencian (hate speech)....

baca lagi

Pusat KOMAS Mengutuk Penghinaan Insensitif, Menyeru Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional

Pusat KOMAS kecewa dengan tindakan para DJ ERA FM baru-baru ini yang mempersendakan adat dan upacara suci yang diamalkan semasa perayaan Hindu, iaitu Thaipusam, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia. Insiden ini menggariskan keperluan mendesak untuk meningkatkan kepekaan budaya dan agama dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum. Pusat KOMAS mengambil maklum terhadap permohonan maaf secara terbuka yang telah dibuat oleh Azad Jasmin, Nabil Ahmad, dan Radin Amir...

baca lagi

Hentikan Himpunan Bantah yang Memecahbelahkan, Fokus terhadap Perpaduan

Pusat KOMAS mengecam sekeras-kerasnya himpunan bantahan yang dirancang oleh Pemuda PAS dan Bersatu yang menyasarkan kepada Menteri YB Nga Kor Ming dan YB Hannah Yeoh. Perhimpunan tersebut yang merupakan tindak balas terhadap penganjuran sambutan Hari Natal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan dakwaan bahawa YB Hannah Yeoh cuba menyebarkan agama Kristian melalui autobiografinya, mencerminkan satu percubaan yang membimbangkan untuk mempolitikkan kepelbagaian agama dan...

baca lagi

Pusat KOMAS: Tolak Retorik yang Memecahbelahkan dan Galakkan Keharmonian Negara

Pusat KOMAS mengecam sekeras-kerasnya retorik yang berbaur perkauman berhubung dengan sambutan Hari Natal yang diadakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kenyataan provokasi yang dilontarkan oleh Ketua Komunikasi Pemuda PAS, Khairul Nadzir dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjejaskan nilai perpaduan dan hormat-menghormati yang dijunjung oleh rakyat Malaysia. Tuduhan Pemuda PAS, yang membawa tuntutan agar perayaan orang bukan beragama Islam yang melibatkan orang...

baca lagi

Pusat KOMAS Gesa Tindakan Kolektif Membanteras Perkauman dan Rasuah

Petaling Jaya, 9 Disember 2024 – Sempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) pada 9 Disember dan Hari Hak Asasi Manusia pada 10 Disember, Pusat KOMAS mengetengahkan keperluan mendesak untuk menangani rasuah dan perkauman sebagai ancaman yang saling berkaitan terhadap hak asasi manusia. Isu sistemik ini mendatangkan kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki kepada generasi sekarang, khususnya belia, dan menjejaskan masa depan Malaysia yang inklusif dan saksama. Rasuah bukan hanya isu ekonomi atau...

baca lagi

Pusat Komas Mendesak PM untuk Mengambil Tindakan Tegas Mengenai Hak Asasi Manusia dan Prosiding ICJ

Pusat Komas melahirkan kebimbangan mendalam terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Parlimen pada 28 November 2024, berkenaan ketidaklibatan Malaysia dalam permohonan Afrika Selatan untuk memulakan prosiding terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Alasan yang diberikan, iaitu ketidakupayaan Malaysia untuk meratifikasi Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), adalah mengecewakan dan mundur ke...

baca lagi

Kenyataan Pusat KOMAS Mengenai Siasatan Polis Teresa Kok

Pusat KOMAS melahirkan kebimbangan dan kekecewaan yang mendalam terhadap siasatan polis baru-baru ini terhadap Teresa Kok, Naib Presiden DAP, berikutan kenyataannya mengenai pensijilan halal. Walaupun kami mengakui sensitiviti yang menyelubungi hal-hal agama di Malaysia, kami amat terkilan dengan tindak balas yang tidak seimbang terhadap komen Teresa Kok berbanding kenyataan berbaur hasutan dan perkauman yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh. Kenyataan Teresa Kok, walaupun...

baca lagi

Pusat KOMAS sambut baik pengumuman berani PM Anwar mengenai kemasukan pelajar ke program matrikulasi

Pusat KOMAS menyambut baik pengumuman berani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merungkai halangan kaum dalam sektor pendidikan dan menjamin semua pelajar SPM dengan 10A dan ke atas mendapat tempat dalam program matrikulasi yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan. Kami memuji pengumuman ini kerana ia adalah langkah pertama ke arah mengiktiraf bakat terbaik kami dengan memberi mereka jaminan kepada pendidikan pra-universiti di Malaysia berdasarkan merit dan bukannya kaum. Pada...

baca lagi

Pengusiran Terhadap Komuniti Bajau Laut di Sabah

Pusat KOMAS amat prihatin dengan pengusiran baru-baru ini terhadap komuniti Bajau Laut di Semporna, Sabah. NGO Borneo Komrad mendakwa etnik Bajau Laut di Semporna, Sabah diusir pihak berkuasa dengan rumah atas air yang dihuni mereka dirobohkan. Menurut pengasasnya Mukmin Nantang, operasi itu dibuat semalam dan hari ini, melibatkan etnik Bajau Laut yang tinggal di tujuh pulau di Semporna, antaranya Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga, Pulau Bodgaya, Pulau Sebangkat dan Pulau Sibuan. Perobohan...

baca lagi

Kenyataan Media

Advokasi Nasional dan Tempatan

Penyelidikan & Penerbitan

Piawaian & Polisi Antarabangsa

Sokongan terhadap Orang Asli

Hos & Sekretariat Jaringan Masyarakat Sivil

Bahan Pendidikan dan Advokasi