Kami, kumpulan masyarakat sivil serta individu yang bertandatangan, mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Madani yang melaksanakan siasatan terhadap beberapa aktivis, ahli akademik dan pengkaji politik di bawah Seksyen 124B...
Kebencian Tidak Boleh Dilawan Dengan Kebencian
Pusat KOMAS membantah sekeras-kerasnya perbuatan seorang penuntut universiti yang memuat naik gambar di media sosial yang memaparkan tindakan memijak al-Quran.Perbuatan ini amat menghina, tidak bertanggungjawab, dan sama sekali tidak mencerminkan nilai sebuah...
Menggesa Zamri Vinoth Untuk Hentikan Penghasutan Agama
Pusat KOMAS menggesa pendakwah Zamri Vinoth supaya menghentikan kempen terbaharunya yang menyasarkan “kuil haram”. Ini susulan laporan yang menyatakan beliau merupakan penyelaras “Gerakan Anti Kuil Haram” dan merancang satu perhimpunan di kawasan SOGO pada Sabtu (7...
Pusat KOMAS sambut baik pengumuman berani PM Anwar mengenai kemasukan pelajar ke program matrikulasi
Pusat KOMAS menyambut baik pengumuman berani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merungkai halangan kaum dalam sektor pendidikan dan menjamin semua pelajar SPM dengan 10A dan ke atas mendapat tempat dalam program matrikulasi yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan. Kami memuji pengumuman ini kerana ia adalah langkah pertama ke arah mengiktiraf bakat terbaik kami dengan memberi mereka jaminan kepada pendidikan pra-universiti di Malaysia berdasarkan merit dan bukannya kaum. Pada...
Pengusiran Terhadap Komuniti Bajau Laut di Sabah
Pusat KOMAS amat prihatin dengan pengusiran baru-baru ini terhadap komuniti Bajau Laut di Semporna, Sabah. NGO Borneo Komrad mendakwa etnik Bajau Laut di Semporna, Sabah diusir pihak berkuasa dengan rumah atas air yang dihuni mereka dirobohkan. Menurut pengasasnya Mukmin Nantang, operasi itu dibuat semalam dan hari ini, melibatkan etnik Bajau Laut yang tinggal di tujuh pulau di Semporna, antaranya Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga, Pulau Bodgaya, Pulau Sebangkat dan Pulau Sibuan. Perobohan...
Kenyataan Pusat KOMAS mengenai Perdebatan Pengambilan Pelajar UiTM
Kami, Pusat KOMAS, amat prihatin dengan bantahan baru-baru ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) terhadap kemungkinan penyertaan pelajar bukan Bumiputera dalam program-program tertentu. Walaupun kami memahami konteks sejarah dan niat di sebalik penubuhan UiTM, kami percaya bahawa seruan untuk mengekalkan eksklusiviti Bumiputera dalam semua program tidak selaras dengan keperluan negara kita yang sedang berkembang. Malaysia sedang menghadapi kekurangan kritikal pakar, terutamanya dalam bidang...
Statement on 55th anniversary of May 13
Hari ini genap 55 tahun sejak peristiwa 13 Mei 1969. Insiden rusuhan kaum kekal sebagai pengalaman traumatik bagi negara muda kita. Walaupun terdapat generasi rakyat Malaysia yang tidak mengalami tragedi tersebut, ramai di antara kita masih menanggung luka terbukanya sehingga hari ini, dengan hanya menyebut tentang rusuhan 13 Mei yang menimbulkan ketakutan di hati rakyat Malaysia. Pusat KOMAS mengingatkan rakyat naratif ketakutan ini memecahbelahkan negara kita. Pada tahun 2024, isu ini amat...
Statement on DarSa Fried Chicken controversy
Pusat KOMAS terkilan dengan komen “Type C” yang dikeluarkan di media sosial baru-baru ini oleh restoran tempatan Darsa Fried Chicken yang baru dibuka, yang mendapat kritikan kerana meniup api perkauman. Kami, Pusat KOMAS, menyokong gesaan naib pengerusi DAP Teresa Kok untuk semua pihak kekal tenang bagi mengatasi insiden terkini dalam rentetan isu berkaitan kaum dan agama di negara ini. Melalui kenyataan maaf yang dikeluarkan semalam, DarSa yang terajui "100 peratus milik bumiputera" memohon...
Masa untuk polisi tindakan afirmatif berdasarkan keperluan di Malaysia
Pusat KOMAS ingin merujuk kepada pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai dasar tindakan afirmatif di Malaysia kerana ia mencerminkan pemahaman yang terperinci tentang isu-isu yang berkaitan dengan kemiskinan, pendidikan, dan perbezaan sosioekonomi. Pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim, bahawa bantuan yang bersasar sepatutnya berdasarkan keperluan bukan berdasarkan kaum atau bangsa, merupakan satu langkah ke arah yang betul dan mengambil pendekatan yang lebih terangkum dan adil...
13 Mei: Merdeka dari belenggu sejarah
“Melawat saudara di hujung kota, Singgah sebentar membeli papan, 13 Mei tanggal penuh sengketa, Hentikan dendam, mara ke depan.” Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam sejarah Malaysia yang perlu dikenang dan tidak wajar diulang. Peristiwa 13 Mei bukan sahaja tragedi dimana nyawa terkorban akibat rusuhan yang tidak berasas, tetapi 54 tahun selepas itu, peristiwa tersebut masih menjadi perbualan yang mewujudkan ketakutan dalam hati rakyat Malaysia. Ianya telah digunakan sebagai bahan...
Pelancaran Laporan Rasisme Malaysia 2022
Sempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum, Pusat KOMAS bersolidariti bersama semua mangsa rasisme, diskriminasi kaum dan xenofobia di seluruh dunia. Diskriminasi kaum, xenofobia dan diskriminasi yang berkaitan serta intoleransi wujud di semua masyarakat. Ia merosakkan bukan sahaja kehidupan mangsa yang mengalami diskriminasi, tetapi masyarakat secara keseluruhannya. Di Malaysia, peningkatan insiden rasisme, diskriminasi kaum dan xenofobia telah menimbulkan kebimbangan...
Sekolah Bukan Tempat Melahirkan Golongan Rasis dan Pelampau
Pusat KOMAS terkilan dengan kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Kementerian Pendidikan berkenaan isu Bengkel Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dianjurkan oleh SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru untuk pelajar Muslim sahaja.
Ingati Janji Kosong Sejak PRU-14, Tolak Golongan Rasis dan Pelampau
Rakyat Malaysia sekali lagi akan menentukan masa hadapan negara ini pada Pilihanraya Umum ke15. Kami di Harmony Cluster, CSO Platform for Reform, menggesa rakyat Malaysia untuk keluar mengundi dan menolak pemimpin yang menggunakan retorik perkauman dan agama untuk mengambil dan mengekalkan kuasa. Ahli politik dan parti politik telah menjadikan isu kaum dan agama sebagai alat yang berkesan untuk memajukan agenda politik mereka. Sebenarnya, untuk 5 tahun kebelakangan ini, ahli politik dan parti...