Kisah Kami
Pusat KOMAS adalah sebuah pertubuhan hak asasi manusia bukan kerajaan yang ditubuhkan pada Ogos 1993 bagi memperjuangkan demokrasi dan anti-diskriminasi. Khususnya, kami memperjuangkan menentang perkauman dan diskriminasi perkauman di Malaysia dan menyokong advokasi hak orang asli di Semenanjung Malaysia.

Pusat KOMAS bermula sebagai pusat komunikasi popular hak asasi manusia untuk memberdayakan komuniti terpinggir, terutamanya golongan miskin bandar, pekerja, orang asli dan organisasi masyarakat sivil. Kami telah mengadakan bengkel pendidikan pengundi dan menghasilkan alat-alat pendidikan pengundi dan kewarganegaraan seperti video pendek, buku kartun, poster, risalah dan alat media kreatif lain untuk pendidikan komuniti dan awam.

Pada tahun 1995, kami menjalinkan hubungan dengan komuniti setempat orang asli yang pertama dikenali sebagai Sinui Pai Nanek Sengit (New Livelihoods, One Vision; SPNS), yang kemudian berkembang menjadi Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), rangkaian kampung orang asli di Semenanjung Malaysia yang memperjuangkan isu-isu orang asli dan memberdayakan komuniti dalam hak yang diwarisi dan hak asasi manusia.
Pada tahun 2003, Pusat KOMAS menganjurkan festival filem hak asasi manusia pertama di Malaysia, yang memberikan ruang yang sangat diperlukan untuk orang ramai Malaysia berbincang dan meneroka isu hak asasi manusia di Malaysia. Festival Filem Kebebasan (FFF) kini menjadi festival filem hak asasi manusia tahunan yang terdiri daripada pertandingan filem, tayangan komuniti, dan tayangan perdana di lokasi utama di seluruh Malaysia. Sehingga kini, aktiviti ini telah mencapai kira-kira 10,000 orang setiap tahun. Pada tahun 2017, komponen festival filem dari organisasi kami telah berkembang menjadi entiti sendiri, Rangkaian Filem Kebebasan (FFN).

Pada tahun 2005, Pusat KOMAS memulakan program Anti Diskriminasi, yang terdiri daripada bengkel akar umbi tentang mengenal pasti perkauman, stereotaip perkauman, pengasingan antara kaum, dan kesan terhadap komuniti. Pada masa yang sama, kami mengadakan bengkel untuk melatih individu untuk mengadakan bengkel sendiri. Kami juga memulakan produksi siri video Aku Bangsa Malaysia.

Kami memulakan kempen Ratifikasi ICERD pada tahun 2009, di mana 8 pertubuhan masyarakat sivil bersatu untuk memperjuangkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa tentang Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Malaysia. Pada tahun yang sama, kami juga mengadakan Persidangan Kebangsaan pertama kami untuk mengumpulkan para pemegangtaruh dan pakar dalam diskriminasi perkauman.
Anugerah
Anugerah Masyarakat Sivil Ke-3 oleh Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, 2011
Anugerah Masyarakat Sivil ini mengiktiraf sumbangan oleh individu dan organisasi kepada masyarakat madani dan ianya bertujuan untuk menilai pencapaian pertubuhan masyarakat sivil dan masyarakat sivil secara keseluruhan, dan untuk menggalakkan penyertaan di dalam masyarakat sivil.



Anugerah Grundtvig oleh Pertubuhan untuk Pendidikan Golongan Dewasa Eropah, 2008
Anugerah yang bermula pada tahun 2003 ini adalah untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian di dalam bidang pendidikan untuk golongan dewasa.