Hos & Sekretariat Jaringan Masyarakat Sivil

Penglibatan Pusat KOMAS dalam Pergerakan Masyarakat Sivil adalah seperti berikut:

Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO)

CSO Platform for Reform

Bersih 2.0

Malaysian Civil Society Organizations on Sustainable Development Goals (CSO-SDG Alliance)

Ratify ICERD Working Group

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)

Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO)

Gabungan NGO Malaysia untuk Proses UPR (The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO)) menerbitkan laporan para pemegangtaruh yang dijadikan rujukan apabila situasi hak asasi manusi di Malaysia dinilai sewaktu kitaran proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) setiap 4-5 tahun. COMANGO juga menyediakan laporan separuh penggal antara kitaran UPR bagi memantau perlaksanaan syor-syor oleh Kerajaan yang dibeirkan sewaktu penilaian UPR. Berikut merupakan laporan-laporan yang diterbitkan sewaktu Pusat KOMAS berperanan sebagai Sekretariat Bersama gabungan ini.

Mid Term Report for Malaysias 3rd Cycle by Civil Society COMANGO

Laporan Separuh Penggal untuk Kitaran UPR ke-3 oleh Masyarakat Sivil (COMANGO)

Laporan separuh penggal oleh Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) ini menilai kemajuan dalam perlaksanaan syor-syor UPR yang diterima oleh Malaysia pada 2018 sewaktu kitaran ke-3 proses UPR.

 

COMANGOs UPR Report 2018

Laporan COMANGO 2018

Laporan ini disediakan setelah beberapa siri konsultansi peringkat kebangsaan yang melibatkan NGO hak asasi manusia di Malaysia untuk memantau perkembangan perlaksanaan syor-syor UPR oleh pihak Kerajaan Malaysia.

 

CSO Platform for Reform

CSO Platform for Reform merupakan sebuah gabungan 100 organisasi masyarakat sivil yang memberi tumpuan kepada reformasi institusi untuk Malaysia yang lebih baik. Berikut merupakan laporan-laporan yang diterbitkan sewaktu Pusat KOMAS berperanan sebagai Sekretariat Bersama gabungan ini.

17 Bulan Perikatan Nasional

Perletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 telah mewujudkan kelompongan dalam pentadbiran negara lanjutan dari tamatnya pentadbiran Perikatan Nasional selama 17 bulan. Laporan susulan ini (yang berkesinambungan dari laporan 100 Hari Perikatan Nasional) adalah hasil kompilasi laporan yang diusahakan oleh kluster-kluster CSO Platform mengenai usaha reformasi yang dilakukan sewaktu pentadbiran Perikatan Nasional.
17 MONTHS OF PERIKATAN NASIONAL cover attempt

22 Bulan Pakatan Harapan & 100 Hari Perikatan Nasional

Laporan 22 Bulan Pakatan Harapan dan 100 Hari Perikatan Nasional merupakan kompilasi laporan dari pelbagai tema reformasi yang muncul setelah Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu. Laporan ini memberi tumpuan kepada pencapaian dan kelemahan pentadbiran PH; dan 100 hari pertama pentadbiran PN yang dibentuk setelah insiden Langkah Sheraton.
CSO Pakatan Harapan Cover

Laporan Bersama

Pusat KOMAS terbuka untuk bekerjasama dengan organisasi lain bagi memperjuangkan demokrasi, kesamarataan dan keadilan berdasarkan piawaian hak asasi manusia di peringkat antarabangsa. Berikut merupakan laporan yang disediakan bersama organisasi lain.

ReportCover State of Disruption Assessing the Impact of Malaysias COVID 19 Laws on Civic Space 01

Musim Prahara: Menilai Impak Undang-undang COVID-19 di Malaysia terhadap Ruang Sivik

Pusat KOMAS dan SUARAM menilai impak undang-undang COVID-19 di Malaysia terhadap ruang sivik, masyarakat yang terpinggir dan rentan serta organisasi masyarakat sivil.
 

Joint CIVICUS Pusat Komas UPR Submisson Malaysia 2018 1

Laporan UPR oleh Pusat KOMAS & CIVICUS 2018

CIVICUS dan Pusat KOMAS telah meneliti pematuhan terhadap piawaian hak asasi manusia di peringkat antarabangsa oleh Kerajaan Malaysia untuk membentuk dan mengekalkan suasana yang selamat untuk masyarakat sivil.
 

pemantau cover

Laporan Pemerhatian Pilihanraya Sewaktu Pilihanraya Umum ke-14 PEMANTAU

Laporan PEMANTAU ini menggabungkan hasil dokumentasi dan pemantauan oleh BERSIH 2.0 sejak Mei 2013 dan misi pemantauan oleh inisiatif PEMANTAU bermula dengan pembubaran Parlimen pada 7 April 2018 hingga Hari Pengundian pada 9 Mei 2018.