Advokasi Nasional dan Tempatan
Kod Tatacara bagi Mempromosikan Peluang Samarata melalui Penghapusan Diskriminasi Kaum

Kod Etika bagi Mempromosikan Keterangkuman dan Keharmonian melalui Pengekangan Ucapan Hasutan
Kod Etika ini merupakan usaha bersama Pusat KOMAS, SUHAKAM dan IDE bertujuan untuk mempromosikan layanan samarata di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Ianya mengekang advokasi kebencian terhadap warganegara, kaum dan agama yang dianggap sebagai pemula kepada diskriminasi, permusuhan dan keganasan. Di samping itu, ianya berfungsi untuk memudahcara dan mengukuhkan pelaksanaan dan perlindungan hak asasi manusia di dalam konteks yang sukar. Setiap tindakan di dalam Dewan Undangan Negeri perlu mengecam perilaku berikut: Diskriminasi Kaum, Perkauman dan Ucapan Kebencian.
Libat Urus Akar Umbi
Pusat KOMAS menganjurkan Bengkel Pendidikan Bangsa Malaysia: Latihan mengenai Anti-Diskriminasi dan program-program lain bersama organisasi komuniti untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan perkauman dan diskriminasi kaum, selain dari melengkapkan penggerak komuniti akar umbi dengan kemahiran dan sumber untuk mereka mengenalpasti dan mengatasi isu perkauman dan amalan diskriminasi kaum di dalam komuniti mereka.