Pusat KOMAS menyambut baik pengumuman berani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merungkai halangan kaum dalam sektor pendidikan dan menjamin semua pelajar SPM dengan 10A dan ke atas mendapat tempat dalam program matrikulasi yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami memuji pengumuman ini kerana ia adalah langkah pertama ke arah mengiktiraf bakat terbaik kami dengan memberi mereka jaminan kepada pendidikan pra-universiti di Malaysia berdasarkan merit dan bukannya kaum.

Pada zaman dahulu, program matrikulasi telah memilih pelajar berdasarkan sistem kuota yang menyimpan 90% tempat untuk bumiputera dan hanya 10% untuk bukan bumiputera, menyebabkan beberapa pelajar yang keturunan bukan bumiputera bersaing untuk tempat yang terhad, dan berasa tidak mencukupi apabila mereka tidak terpilih ke program matrikulasi walaupun mereka ada keputusan cemerlang.

Kami ingin menegaskan bahawa walaupun tindakan afirmatif adalah terjamin, kalau mengikut Perlembagaan Persekutuan kita, ia tidak seharusnya merugikan rakyat Malaysia yang lain. Mereka yang layak mendapat bantuan harus mendapat semua sokongan yang mereka perlukan, tetapi kita juga tidak boleh melupakan mereka yang juga layak menerimanya berdasarkan merit.

Pada masa yang sama, kami akan memantau dengan rapi pelaksanaannya berikutan pengumuman PM Anwar. Kami ingin melihat mekanisme yang telus dan adil dilaksanakan supaya pelajar yang layak tidak merasakan mereka didiskriminasi. Kami juga ingin mendapatkan penjelasan sekiranya pengumuman ini hanya terpakai kepada mereka yang mendapat 10A dan ke atas, kerana ramai pelajar straight A tidak semestinya mengambil 10 atau lebih subjek SPM.

Namun begitu, kami percaya ini adalah satu langkah progresif daripada PM Anwar untuk membawa lebih banyak dasar berasaskan merit yang boleh memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Marilah kita berusaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang menyediakan peluang yang sama untuk semua dalam setiap sektor di negara ini.

Semua belia di bumi ini berhak merasakan bahawa matahari Malaysia menyinari mereka semua.