Artikel

Pusat KOMAS memberikan pandangan mengenai situasi kaum, etnik, hubungan antara kaum dan isu-isu lain di Malaysia.

Mesyuarat dengan Yang Di‑pertua Dewan Rakyat dan Pembentangan Laporan Rasisme Malaysia 2025

Pusat KOMAS telah mengadakan satu mesyuarat konstruktif dengan Yang di‑Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, serta delegasi yang dilantik oleh beliau untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Pusat KOMAS membentangkan dapatan Laporan Racisme Malaysia 2025 pada Isnin, 13 April 2026, memandangkan laporan tersebut mengenal pasti dan mendokumentasikan insiden diskriminasi kaum dan/atau agama sepanjang Penggal Keempat Parlimen ke‑15 pada tahun 2025, berdasarkan rekod Hansard dan...

baca lagi

Adakah Kita Mahu Kembali Ke Zaman Tidak Boleh Mengkritik Kerajaan?

Kami, kumpulan masyarakat sivil serta individu yang bertandatangan, mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Madani yang melaksanakan siasatan terhadap beberapa aktivis, ahli akademik dan pengkaji politik di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas alasan “aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen”. Kami berpandangan bahawa tindakan ini adalah jelas suatu bentuk intimidasi dan percubaan yang serius untuk membungkam suara rakyat daripada mengkritik...

baca lagi

Kebencian Tidak Boleh Dilawan Dengan Kebencian

Pusat KOMAS membantah sekeras-kerasnya perbuatan seorang penuntut universiti yang memuat naik gambar di media sosial yang memaparkan tindakan memijak al-Quran.Perbuatan ini amat menghina, tidak bertanggungjawab, dan sama sekali tidak mencerminkan nilai sebuah masyarakat yang menjunjung rasa hormat, kefahaman, dan kehidupan bersama secara aman. Pada masa yang sama, membalas kebencian dengan kebencian hanya akan memburukkan lagi keadaan dan meningkatkan ketegangan. Pusat KOMAS turut mengecam...

baca lagi

Menggesa Zamri Vinoth Untuk Hentikan Penghasutan Agama

Pusat KOMAS menggesa pendakwah Zamri Vinoth supaya menghentikan kempen terbaharunya yang menyasarkan “kuil haram”. Ini susulan laporan yang menyatakan beliau merupakan penyelaras “Gerakan Anti Kuil Haram” dan merancang satu perhimpunan di kawasan SOGO pada Sabtu (7 Februari 2026). Kuil-kuil Hindu di Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dan kompleks dari segi pengiktirafan, memandangkan undang-undang pasca-kolonial malangnya tidak memberikan ruang yang memadai untuk kedudukan tapak-tapak...

baca lagi

Menyemarakkan Ketakutan, Bukan Dasar: Pusat Komas Mengecam Kenyataan Bersifat Memecahbelahkan Yang Dikeluarkan Oleh Datuk Dr Akmal Salleh

Pusat KOMAS mengecam sekeras-kerasnya ikrar Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Akmal Salleh baru-baru ini untuk “melawan DAP hingga ke akhirnya” semasa ucapannya di Perhimpunan Agung Pemuda UMNO semalam. Kenyataan ini adalah satu sandiwara politik terang-terangan yang tidak dapat dielakkan akan menjadikan komuniti bukan Melayu Malaysia sebagai sasaran. Dengan membingkai peletakan jawatannya sebagai EXCO negeri Melaka tetapi kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO, memetik keputusan itu dibuat selepas...

baca lagi

Kenaikan Pangkat Lt. Jen. Johnny Lim Merupakan Kejayaan Yang Wajar Dirai, Bukan Dijadikan Alat Penyebar Fitnah

PETALING JAYA, 26 JUN 2025 - Pusat KOMAS memuji Angkatan Tentera Malaysia kerana melaksanakan pelantikan dan kenaikan pangkat secara profesional dan berprinsip. Ini seharusnya menjadi contoh kepada seluruh perkhidmatan awam di Malaysia. Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tingginya tahniah kepada Lt. Jen. Johnny Lim Eng Seng atas kenaikan pangkat beliau yang bersejarah dan sesuai menjadi satu gambaran jelas terhadap sebuah Malaysia yang berpegang kepada prinsip meritokrasi. Malangnya, detik...

baca lagi

Pusat KOMAS Memperingati Hari Antarabangsa Bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum dengan Pelancaran Malaysia Racism Report 2024 dan Tinjauan Khas 10 Tahun

PETALING JAYA, 21/3/2025 - Sempena Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum, Pusat KOMAS menyeru tindakan segera untuk diambil bagi menghapuskan masalah perkauman dan diskriminasi kaum di Malaysia. Di Malaysia, diskriminasi kaum kekal sebagai isu mendalam yang mempengaruhi dasar, institusi, dan interaksi harian sesama. Perkauman terus menggugat keharmonian sosial melalui retorik politik dan ketiadaan dasar untuk menangani isu isu diskriminasi dan ucapan kebencian (hate speech)....

baca lagi

Pusat KOMAS Mengutuk Penghinaan Insensitif, Menyeru Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional

Pusat KOMAS kecewa dengan tindakan para DJ ERA FM baru-baru ini yang mempersendakan adat dan upacara suci yang diamalkan semasa perayaan Hindu, iaitu Thaipusam, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia. Insiden ini menggariskan keperluan mendesak untuk meningkatkan kepekaan budaya dan agama dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum. Pusat KOMAS mengambil maklum terhadap permohonan maaf secara terbuka yang telah dibuat oleh Azad Jasmin, Nabil Ahmad, dan Radin Amir...

baca lagi

Hentikan Himpunan Bantah yang Memecahbelahkan, Fokus terhadap Perpaduan

Pusat KOMAS mengecam sekeras-kerasnya himpunan bantahan yang dirancang oleh Pemuda PAS dan Bersatu yang menyasarkan kepada Menteri YB Nga Kor Ming dan YB Hannah Yeoh. Perhimpunan tersebut yang merupakan tindak balas terhadap penganjuran sambutan Hari Natal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan dakwaan bahawa YB Hannah Yeoh cuba menyebarkan agama Kristian melalui autobiografinya, mencerminkan satu percubaan yang membimbangkan untuk mempolitikkan kepelbagaian agama dan...

baca lagi

Pusat KOMAS: Tolak Retorik yang Memecahbelahkan dan Galakkan Keharmonian Negara

Pusat KOMAS mengecam sekeras-kerasnya retorik yang berbaur perkauman berhubung dengan sambutan Hari Natal yang diadakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kenyataan provokasi yang dilontarkan oleh Ketua Komunikasi Pemuda PAS, Khairul Nadzir dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjejaskan nilai perpaduan dan hormat-menghormati yang dijunjung oleh rakyat Malaysia. Tuduhan Pemuda PAS, yang membawa tuntutan agar perayaan orang bukan beragama Islam yang melibatkan orang...

baca lagi

Kenyataan Media

Advokasi Nasional dan Tempatan

Penyelidikan & Penerbitan

Piawaian & Polisi Antarabangsa

Sokongan terhadap Orang Asli

Hos & Sekretariat Jaringan Masyarakat Sivil

Bahan Pendidikan dan Advokasi