Kenyataan Media

Pusat KOMAS menyatakan pendirian terhadap isu semasa di Malaysia yang berkaitan dengan rasisme, diskriminasi kaum dan xenofobia.

Menyerang liberalisme dan sekularisme di dalam sesebuah negara demokratik adalah satu tindakan yang ironi

Kami - pertubuhan masyarakat sivil yang disenaraikan berikut - mengecam kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri berkenaan janji beliau untuk memerangi sekularisme dan liberalisme melalui Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan gabungan bersama UMNO dan PAS. Menyedari ketidakstabilan Kerajaan PN yang dipimpin, beliau telah memilih taktik lapuk untuk menyerang prinsip-prinsip sekularisme dan liberalisme demi mengekalkan...

baca lagi

Wakil rakyat yang dilantik harus peka dengan hubungan antara etnik

Merujuk kepada dua kejadian yang tidak menghiraukan sensitiviti kaum yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Shaid Rosli dan Menteri Besar Kedah, Muhammed Sanusi Md. Nor, Pusat KOMAS dengan tegas mengecam tindakan dan sikap mereka yang tidak mempertimbangkan sensitiviti dan kepentingan memupuk hubungan antara etnik yang harmoni. Idea Shaid Rosli untuk menghentikan penjualan alkohol di bahagian “tidak halal” yang dikhaskan untuk...

baca lagi

Perpaduan di kala COVID – Gesaan Malaysia diuji-negatif untuk perkauman

21 Mac 2020 menandakan Ulang Tahun ke-60 untuk Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum. Hari yang lahir dari rahim perjuangan anti-apatheid, pejuang penghapusan diskriminasi kaum 60 tahun dahulu menekankan kepentingan perpaduan lebih dari segalanya. Pergelutan dalam menangani wabak CoVid-19 telah menyedarkan semua warga manusia bahawa keberlangsungan hidup kita adalah sesuatu yang mungkin apabila seluruh jiwa dan raga kita disalurkan...

baca lagi

Demokrasi tanpa mereka yang Rasis dan Taksub Kuasa

Pusat KOMAS menolak dengan sekeras-kerasnya segala cubaan tidak demokratik yang digunakan oleh segelintir ahli politik Malaysia untuk memperlekehkan mandat yang diberikan oleh Rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menerajui negara kita. Cadangan untuk melibatkan UMNO dan PAS dalam sebuah situasi dimana wujudnya peluang untuk penubuhan sebuah kerajaan baharu adalah suatu tindakan yang tidak waras. Kedua-dua parti politik ini secara konsisten...

baca lagi

Pulau Pinang melancarkan “Kod Tatakelakuan bagi Mempromosikan Peluang yang Saksama melalui Penghapusan Diskriminasi Kaum”

KUALA LUMPUR (10 FEBRUARY 2020) - Bagi mengatasi diskriminasi kaum di tempat kerja, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Pusat KOMAS dan Penang Institute telah bersama-sama pada tahun 2017 untuk memformulasikan sebuah dokumen pengawalseliaan yang mempromosikan peluang yang saksama yang menyeluruh. Oleh itu, Kod Tatakelakuan bagi Mempromosikan Peluang yang Saksama melalui Penghapusan Diskriminasi Kaum telah diwujudkan. Ianya menyasarkan...

baca lagi

Hormati Kebebasan Beragama dan Berkepercayaan Orang Asli

Merujuk kepada laporan portal berita Malaymail, bahawa MAIK (Majlis Agama Islam Kelantan) bercadang ingin menukar agama semua 16 ribu orang Asli di Kelantan kepada agama Islam dalam masa 30 tahun akan datang. Kenyataan ini jelas bercanggah dengan perlembagaan malaysia. Perlembagaan jelas menyatakan islam adalah agama rasmi, namun dalam perlembagaan Persekutuan Artikel 11 (2) menyebutkan, "tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4),...

baca lagi

Mansuhkan Segala Bentuk Diskriminasi

Pusat KOMAS berasa amat kecewa dengan serangan berbaur perkauman yang dilontarkan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang terhadap Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial di Jabatan Perdana Menteri P. Waythamoorthy seusai perbentangannya soal jawab belanjawan 2019 hari ini. Malaysia ialah negara yang berpaksikan keharmonian segala kaum. Laungan untuk meratifikasikan ICERD bersesuaian dengan manifesto Pakatan Harapan yang menyatakan “Cita-cita rakyat ialah ingin menikmati kehidupan yang...

baca lagi

Malaysia Yakin bahawa ICERD Sedia untuk Diratifikasi

Pusat KOMAS menyambut baik kenyataan Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, YB Senator Waytha Moorthy, bahawa “Kerajaan Malaysia komited untuk meratifikasi enam perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun hadapan” pada Persidangan Kebangsaan Non-Diskriminasi ke-8: Malaysia Lebih Dekat untuk Meratifikasi ICERD yang berakhir pada minggu ini di Petaling Jaya. Persidangan Kebangsaan...

baca lagi

Pelancaran Operasi PEMANTAUAN PRU14

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) bersama dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), dan barisan NGO-NGO lain, pada hari ini melancarkan bilik gerakan PEMANTAU untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). PEMANTAU ialah suatu inisiatif rakyat untuk mencegah penipuan dan kesalahan pada PRU14. PEMANTAU akan memerhatikan kelakuan SPR, parti politik, dan calon-calon sepanjang tempoh pilihan raya. Sebarang salahlaku atau penipuan akan dilaporkan dan...

baca lagi

Undang-undang Anti-Perkauman dan Anti-Diskriminasi Adalah Perlu Dalam Negara

Pusat KOMAS memohon penjelasan lanjut dari kerajaan berkenaan perancangan dalam membendung dan membanteras sifat perkauman dan diskriminasi kaum dari terus menular di dalam negara. Pusat KOMAS menyambut baik niat kerajaan dalam memberi penekanan terhadap kepentingan pendidikan sebagai usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia seperti yang dinyatakan dalam jawapan bertulis Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) kepada Parlimen Selasa lepas. Pendekatan melalui pendidikan ini...

baca lagi

Kenyataan Media

Advokasi Nasional dan Tempatan

Penyelidikan & Penerbitan

Piawaian & Polisi Antarabangsa

Sokongan terhadap Orang Asli

Hos & Sekretariat Jaringan Masyarakat Sivil

Bahan Pendidikan dan Advokasi