Pusat KOMAS menyambut baik kenyataan Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, YB Senator Waytha Moorthy, bahawa “Kerajaan Malaysia komited untuk meratifikasi enam perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun hadapan” pada Persidangan Kebangsaan Non-Diskriminasi ke-8: Malaysia Lebih Dekat untuk Meratifikasi ICERD yang berakhir pada minggu ini di Petaling Jaya.

Persidangan Kebangsaan Non-Diskriminasi ke-8 ini dianjurkan untuk menggalakkan kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan proses meratifikasikan ICERD, untuk mempelajari amalan-amalan baik dari negara-negara di rantau ini yang telah meratifikasikan ICERD, memahami kebimbangan mengenai proses meratifikasikan ICERD di Malaysia dan mengenal pasti jalan penyelesaian dan langkah-langkah yang dapat mempercepatkan proses meratifikasikan ICERD di Malaysia. Peserta persidangan ini termasuk wakil-wakil kerajaan, wakil rakyat, Jabatan Peguam Negara (AGC), SUHAKAM, organisasi masyarakat sivil serta para akademik

Mr. Jerald Joseph SUHAKAM Commissioner 300x200

Mr. Jerald Joseph, Pesuruhjaya SUHAKAM

Persidangan tahun ini adalah bersejarah kerana kehadiran seorang Menteri yang melibatkan diri secara aktif dengan peserta-peserta di dalam persidangan ini. Pesuruhjaya SUHAKAM, Encik Jerald Joseph dalam ucapan tamanya menekankan bahawa manifesto Pakatan Harapan adalah selaras dengan Artikel 1 di ICERD (iaitu, Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan kekayaan negara kita dikongsi dengan lebih adil oleh Bumiputera dan setia warganegara lain tanpa mengira kaum dan agama, termasuk kaum Indian dan Orang Asal). Tambahan pula, janji-janji lain yang termaktub di dalam manifesto Pakatan Harapan adalah selaras dengan prinsip-prinsip yang termaktub di dalam ICERD. Beliau juga menegaskan bahawa ICERD tidak mendiskriminasi orang lain; tetapi di sebaliknya, menegakkan prinsip kesaksamaan dan keadilan untuk semua.

Persidangan ini turut mendengar kebimbangan meratifikasi ICERD di Malaysia seperti Artikel 153 yang tertera di Perlembagaan Malaysia dan perbezaan di antara prinsip-prinsip ICERD dengan Perlembangaan Malaysia. Salah seorang daripada wakil dari Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menyatakan bahawa proses meratifikasikan sebarang konvensyen antarabangsa haruslah diantarakan dengan konteks undang-undang negeri. Beliau turut berkata bahawa peranan AGC adalah semata-mata untuk menasihati kerajaan dan mereka sedang menunggu arahan yang jelas daripada kerajaan baru untuk meratifikasi ICERD dan mengawasi kesulitan meratifikasi ICERD dan mengatarakan-nya dengan Perlembangaan Persekutuan dan undang-undang yang sedia ada.

Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial telah mengakui kebimbangan yang disuarakan untuk meratifikasi ICERD di Malaysia. Beliau menyatakan kepercayaan beliau bahawa konvensyen antarabangsa ini boleh ditandatangani dengan pengecualian. Tambahan pula, beliau percaya bahawa Kerajaan harus membuat beberapa perubahan dari segi undang-undang dan dasar yang sedia ada sebelum meratifikasi ICERD; tetapi, menekankan bahawa perbincangan akan diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan telebih dahulu untuk membincangkan perkara ini.

YB Senator Waythamoorthy Minister 300x200

YB Senator Waytha Moorthy

Prof. Dr. Ong Puay Liu, Fellow Penyelidik Utama dari Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia telah mencadangkan bahawa Malaysia telah menyatakan pendirian-nya untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi kaum dan mempromosikan persefahaman kaum dalam kalangan semua kaum. Ini dapat dilihat dalam keputusan Malaysia untuk menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1957 dan menandatangani Piagam PBB 1945 dan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Tambahan pula, Malaysia telah mengesahkan kenyataan Persidangan Menentang Rasisme 2001. Selain itu, Professor Indonesia, Harkristuti Harkrisnowo telah menyatakan bahawa, Indonesia yang merupakan negara ke-4 yang mempunyai penduduk yang paling ramai di dunia, dengan lebih daripada 400 bahasa dan dialek, lebih daripada 300 kumpulan etnik, pelbagai system agama dan kepercayaan dapat meratifikasikan konvesyen tersebut pada tahun 1998. Penandatangan dan ratifikasi ICERD di Indonesia telah membantu dalam penubuhan beberapa institusi yang telah membantu menggalakkan persefahaman antara budaya dan kaun dan mencegah kebangkitan konflik etnik di Indonesia. Ini telah membantu mempromosikan dan memperkasakan perpaduan dan keharmonian di Indonesia.

Dengan ini, Pusat KOMAS percaya dan yakin bahawa Malaysia sudah bersedia untuk menandatangani dan meratifikasi ICERD. ICERD dapat membantu menetapkan piawaian kelakuan minima dari pihak kerajaan untuk mengatasi masalah perkauman, menggalakkan pendidikan menentang segala jenis perkauman dan mewujudkan dasar yang dapat menhentikan kebencian di Malaysia. Kami menyeru supaya kerajaan Pakatan Harapan dapat mempercepatkan proses meratifikasikan ICERD yang juga sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan dengan melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan, termasuk organisasi masyarakat sivil dalam proses meratifikasikan ICERD. Kami ingin menekankan bahawa kami menyedari realiti di Malaysia dan percaya bahawa dengan kerjasama setiap pihak dan masyarakat di Malaysia, kita dapat mendatangani dan meratifikasi ICERD di Malaysia.

Kenyataan dari:
Pusat KOMAS