Pusat KOMAS berasa amat kecewa dengan serangan berbaur perkauman yang dilontarkan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang terhadap Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial di Jabatan Perdana Menteri P. Waythamoorthy seusai perbentangannya soal jawab belanjawan 2019 hari ini. Malaysia ialah negara yang berpaksikan keharmonian segala kaum. Laungan untuk meratifikasikan ICERD bersesuaian dengan manifesto Pakatan Harapan yang menyatakan “Cita-cita rakyat ialah ingin menikmati kehidupan yang...
Malaysia Yakin bahawa ICERD Sedia untuk Diratifikasi
Pusat KOMAS menyambut baik kenyataan Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, YB Senator Waytha Moorthy, bahawa “Kerajaan Malaysia komited untuk meratifikasi enam perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun hadapan” pada Persidangan Kebangsaan Non-Diskriminasi ke-8: Malaysia Lebih Dekat untuk Meratifikasi ICERD yang berakhir pada minggu ini di Petaling Jaya. Persidangan Kebangsaan...
Undang-undang Anti-Perkauman dan Anti-Diskriminasi Adalah Perlu Dalam Negara
Pusat KOMAS memohon penjelasan lanjut dari kerajaan berkenaan perancangan dalam membendung dan membanteras sifat perkauman dan diskriminasi kaum dari terus menular di dalam negara. Pusat KOMAS menyambut baik niat kerajaan dalam memberi penekanan terhadap kepentingan pendidikan sebagai usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia seperti yang dinyatakan dalam jawapan bertulis Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) kepada Parlimen Selasa lepas. Pendekatan melalui pendidikan ini...