Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) bersama dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), dan barisan NGO-NGO lain, pada hari ini melancarkan bilik gerakan PEMANTAU untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

PEMANTAU ialah suatu inisiatif rakyat untuk mencegah penipuan dan kesalahan pada PRU14. PEMANTAU akan memerhatikan kelakuan SPR, parti politik, dan calon-calon sepanjang tempoh pilihan raya. Sebarang salahlaku atau penipuan akan dilaporkan dan tindakan mahkamah akan diambil jika perlu.

Seramai 100 koordinator Pemantau akan mula bertugas di seluruh negara mulai hari ini. Mereka akan dibantu oleh lebih 500 sukarelawan. Pasukan PEMANTAU akan fokus kepada 11 perkara ini:

  • Rasuah dan beli undi
  • Penjamuan makanan dan pemberian hadiah
  • Pemberian dan pengaruh tidak wajar oleh kerajaan
  • Penggunaan aset dan jentera kerajaan
  • Perbelanjaan berlebihan
  • Kelakuan berat sebelah oleh pegawai-pegawai
  • Undi awal dan undi pos
  • Masalah daftar pemilih dan pengundi hantu
  • Masalah pada hari mengundi
  • Politik perkauman
  • Keganasan politik, intimidasi, dan gangguan semasa kempen

Setakat ini, BERSIH2.0 telah merekodkan 48 kesalahan-kesalahan pilihan raya. Kesalahan-kesalahan ini merangkumi:

KesalahanBilanganBNPH
Penjamuan makanan dan pemberian hadiah660
Pemberian dan pengaruh tidak wajar oleh kerajaan15141
Penggunaan aset dan jentera kerajaan11101
Kelakuan berat sebelah oleh pegawai-pegawai220
Masalah daftar pemilih dan pengundi hantu710
Politik perkauman220
Keganasan politik, intimidasi, dan gangguan semasa kempen530

Sila lihat lampiran untuk senarai dan huraian kesalahan-kesalahan tersebut. Maklumat lanjut dan terbaru tentang kesalahan-kesalahan ini boleh diperolehi melalui “peta kesalahan” di laman aduan.pemantau.org/map

Perkara ini menunjukkan bahawa pemantauan adalah penting dan rakyat perlu memainkan peranan dalam memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil. Orang ramai boleh membuat laporan kepada BERSIH 2.0 jika mereka mendapati sebarang penipuan pilihan raya, pelanggaran hak asasi, atau isu perkauman.

Aduan boleh dibuat melalui:

Website           : aduan.pemantau.org

Telefon            : 03-7931 4444 atau 017-872 5418 atau 017-872 5419

Whatsapp        : 011-1772 1546

Emel                : aduan@pemantau.org

 Akhir sekali, BERSIH 2.0 menyeru kepada semua pihak – SPR, kerajaan, parti politik, pengundi, dan NGO – untuk memastikan PRU14 berjalan dengan bersih dan adi!

Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu BERSIH2.0

Suara rakyat Malaysia (SUARAM)

Pusat KOMAS