KUALA LUMPUR (10 FEBRUARY 2020) – Bagi mengatasi diskriminasi kaum di tempat kerja, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Pusat KOMAS dan Penang Institute telah bersama-sama pada tahun 2017 untuk memformulasikan sebuah dokumen pengawalseliaan yang mempromosikan peluang yang saksama yang menyeluruh.

Oleh itu, Kod Tatakelakuan bagi Mempromosikan Peluang yang Saksama melalui Penghapusan Diskriminasi Kaum telah diwujudkan. Ianya menyasarkan untuk memastikan supaya hak setiap individu di dalam pekerjaan dilindungi dengan baik.

Matlamat jangka masa panjangnya adalah untuk pembangunan sosio-ekonomi yang membawa manfaat bersama kepada kedua-dua majikan dan pekerja. Kod Tatakelakuan bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan adil untuk pekerja, dan itu menarik perhatian pelabur dan juga pekerja yang berkualiti tinggi. Lama kelamaan, amalan terbaik dalam pekerjaan akan menjadi kebiasaan kepada majikan dan pekerja di Pulau Pinang.

Kami mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas sokongannya terhadap Kod Tatakelakuan dan sumbangannya ke arah mencapai piawaian pekerjaan yang tinggi di Malaysia.

Jawatankuasa Kerja ingin menzahirkan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya YAB Tuan Chow Kon Yeow (Ketua Menteri Pulau Pinang), YB Prof. Dr. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang) dan YB Dato’Haji Rashid B. Hasnon (Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang) di atas bantuan, bimbingan dan galakan mereka.

Sokongan kepada Kod Tatakelakuan ini oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah selari dengan Wawasan Penang2030. Kami yakin bahawa ianya akan memberi inspirasi kepada seluruh negara untuk meletakkan asas di tempat kerja dengan perasaan yang lebih mendalam kepada persaudaraan, keterangkuman dan kesaksamaan.

Jawatankuasa Kerja Kod Tatakelakuan
10 February 2020