Pusat KOMAS memuji tindakan tangkas pihak Polis Klang Selatan memberkas empat orang individu yang disyaki terlibat dalam kejadian dua orang pengawal peribadi yang telah menerima layanan buruk secara fizikal dan lisan oleh majikan mereka pada 14 April 2021. Saranan yang diberikan oleh pihak Polis Klang Selatan supaya masyarakat atau mana-mana individu untuk tidak menyalahgunakan media sosial dengan menjadikan kes ini sebagai isu perkauman wajar dipatuhi semua. Pusat KOMAS berpandangan bahawa...
Tangani Rasisme Sebelum Ianya Menjadi Ekstremisme
Peningkatan mendadak rasisme telah menimbulkan kegusaran di negara kita pada hari ini. Rasisme yang tidak dikekang berpotensi mencetuskan ekstremisme. Golongan ekstremis menolak hak-hak asasi manusia sejagat dan tidak berempati terhadap orang lain serta hak mereka. Mereka juga menolak kepelbagaian dan pluralisme. Persidangan Kebangsaan Ke-10 yang diadakan pada 22 Mac 2021 dengan tema “Racism Spark Extremism” (“Rasisme Pencetus Ekstremisme”) yang dianjurkan oleh Pusat KOMAS telah meneliti...
Kenyataan Bersama Organisasi-organisasi Masyarakat Sivil (CSOs) atas penggunaan sejagat kalimah Allah
Kerajaan diseru tarik balik rayuan. Semua pihak diseru terima keputusan Mahkamah Tinggi dan beranjak ke depan. Kami, organisasi-organisasi masyarakat sivil (CSOs) yang bertandatangan di bawah menyeru Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menarik balik rayuan Kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac untuk membenarkan semua anak Malaysia untuk menggunakan kalimah Allah, perkataan bermakna Yang Maha Esa yang dipinjam daripada bahasa Arab oleh Bahasa Malaysia, Bahasa Iban,...
Keikhlasan Kerajaan Adalah Penting Dalam Agenda Perpaduan Nasional
Pusat KOMAS mengalu-alukan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021 - 2030 (RTPN) yang diumumkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Ianya adalah suatu langkah ke hadapan dalam mempromosikan perpaduan di waktu sebegini tetapi beberapa penelitian terhadap rekod masa lalu perlu diambil kira sebelum satu lagi idea baharu hanya kekal di dalam lembaran kertas kerja semata-mata tanpa menjadi pelaksanaan yang kukuh. Kerajaan PN telah beberapa kali menampilkan imejnya sebagai kerajaan...
Pengumuman Darurat Tidak Perlu Serta Memudaratkan Demokrasi Berparlimen Dan Kebebasan Asasi Sivil
Platform CSO untuk Perubahan, gabungan 75 pertubuhan masyarakat madani Malaysia (CSO), berasa bimbang dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengenai darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari 2021. Ia diumumkan dengan alasan bahawa kes COVID-19 sedang meningkat dan memberi tekanan terhadap sistem kesihatan awam, dan akan dikuatkuasakan hingga 1 Ogos 2021, atau lebih awal jika jumlah kes COVID-19 semakin berkurangan. Dalam kenyataannya, Perdana Menteri juga mengeluarkan...
Menyerang liberalisme dan sekularisme di dalam sesebuah negara demokratik adalah satu tindakan yang ironi
Kami - pertubuhan masyarakat sivil yang disenaraikan berikut - mengecam kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri berkenaan janji beliau untuk memerangi sekularisme dan liberalisme melalui Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan gabungan bersama UMNO dan PAS. Menyedari ketidakstabilan Kerajaan PN yang dipimpin, beliau telah memilih taktik lapuk untuk menyerang prinsip-prinsip sekularisme dan liberalisme demi mengekalkan...
Wakil rakyat yang dilantik harus peka dengan hubungan antara etnik
Merujuk kepada dua kejadian yang tidak menghiraukan sensitiviti kaum yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Shaid Rosli dan Menteri Besar Kedah, Muhammed Sanusi Md. Nor, Pusat KOMAS dengan tegas mengecam tindakan dan sikap mereka yang tidak mempertimbangkan sensitiviti dan kepentingan memupuk hubungan antara etnik yang harmoni. Idea Shaid Rosli untuk menghentikan penjualan alkohol di bahagian “tidak halal” yang dikhaskan untuk...
Perpaduan di kala COVID – Gesaan Malaysia diuji-negatif untuk perkauman
21 Mac 2020 menandakan Ulang Tahun ke-60 untuk Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum. Hari yang lahir dari rahim perjuangan anti-apatheid, pejuang penghapusan diskriminasi kaum 60 tahun dahulu menekankan kepentingan perpaduan lebih dari segalanya. Pergelutan dalam menangani wabak CoVid-19 telah menyedarkan semua warga manusia bahawa keberlangsungan hidup kita adalah sesuatu yang mungkin apabila seluruh jiwa dan raga kita disalurkan...
Demokrasi tanpa mereka yang Rasis dan Taksub Kuasa
Pusat KOMAS menolak dengan sekeras-kerasnya segala cubaan tidak demokratik yang digunakan oleh segelintir ahli politik Malaysia untuk memperlekehkan mandat yang diberikan oleh Rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menerajui negara kita. Cadangan untuk melibatkan UMNO dan PAS dalam sebuah situasi dimana wujudnya peluang untuk penubuhan sebuah kerajaan baharu adalah suatu tindakan yang tidak waras. Kedua-dua parti politik ini secara konsisten...
Pulau Pinang melancarkan “Kod Tatakelakuan bagi Mempromosikan Peluang yang Saksama melalui Penghapusan Diskriminasi Kaum”
KUALA LUMPUR (10 FEBRUARY 2020) - Bagi mengatasi diskriminasi kaum di tempat kerja, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Pusat KOMAS dan Penang Institute telah bersama-sama pada tahun 2017 untuk memformulasikan sebuah dokumen pengawalseliaan yang mempromosikan peluang yang saksama yang menyeluruh. Oleh itu, Kod Tatakelakuan bagi Mempromosikan Peluang yang Saksama melalui Penghapusan Diskriminasi Kaum telah diwujudkan. Ianya menyasarkan...