Sempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum, Pusat KOMAS bersolidariti bersama semua mangsa rasisme, diskriminasi kaum dan xenofobia di seluruh dunia. Diskriminasi kaum, xenofobia dan diskriminasi yang berkaitan serta intoleransi wujud di semua masyarakat. Ia merosakkan bukan sahaja kehidupan mangsa yang mengalami diskriminasi, tetapi masyarakat secara keseluruhannya. Di Malaysia, peningkatan insiden rasisme, diskriminasi kaum dan xenofobia telah menimbulkan kebimbangan...
Sekolah Bukan Tempat Melahirkan Golongan Rasis dan Pelampau
Pusat KOMAS terkilan dengan kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Kementerian Pendidikan berkenaan isu Bengkel Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dianjurkan oleh SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru untuk pelajar Muslim sahaja.
Ingati Janji Kosong Sejak PRU-14, Tolak Golongan Rasis dan Pelampau
Rakyat Malaysia sekali lagi akan menentukan masa hadapan negara ini pada Pilihanraya Umum ke15. Kami di Harmony Cluster, CSO Platform for Reform, menggesa rakyat Malaysia untuk keluar mengundi dan menolak pemimpin yang menggunakan retorik perkauman dan agama untuk mengambil dan mengekalkan kuasa. Ahli politik dan parti politik telah menjadikan isu kaum dan agama sebagai alat yang berkesan untuk memajukan agenda politik mereka. Sebenarnya, untuk 5 tahun kebelakangan ini, ahli politik dan parti...
Keputusan Projek Pemantauan Media Sosial Pilihan Raya Negeri Melaka Mengenai Politik Perkauman dan Agama: Implikasi Terhadap Pilihan Raya Akan Datang
Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan pada November 2021 berikutan krisis politik yang berlaku. Kempen pilihan raya telah dilakukan secara atas talian disebabkan sekatan terhadap kempen secara fizikal bagi menghalang penyebaran Covid-19. Pusat KOMAS telah bekerjasama dengan Zanroo Malaysia untuk memantau perbualan di media sosial sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri Melaka pada 1 hingga 22 November 2021. Perbualan awam, kenyataan dan tindakan ahli politik telah dipantau dan direkod...
Pilih dengan Bijak, Tolak Ahli Politik dan Parti Politik yang Menggunakan Kaum dan Agama dalam Kempen Pilihan Raya
Pusat KOMAS kecewa dengan penggunaan kaum dan agama berulang kali oleh para ahli politik dan parti politik semasa kempen pilihan raya. Berdasarkan kenyataan yang baru dikeluarkan oleh Architects of Diversity (AoD), sekurang-kurangnya 17 kali isu kaum dan agama digunakan semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15. Sekali lagi, calon-calon dan parti-parti dari kesemua pakatan politik, iaitu Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan didapati menggunakan kaum dan agama...
Permulaan yang baik untuk membuktikan slogan
Kami menyelar kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh seorang ahli parti yang merupakan sebahagian daripada kerajaan terhadap pemain badminton kebangsaan. Ianya bertentangan sama sekali dengan semangat konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri, kesepaduan sosial yang dibina dan juga kesukanan. Kita telah menyaksikan peningkatan kejadian dimana individu, kumpulan dan parti politik meniupkan sentimen perkauman dan keagamaan secara sedar atau kerana...
YAB Perdana Menteri, Harapan Kami Terhadap “Keluarga Malaysia” Yang Terangkum
Ketidakstabilan politik yang melanda Malaysia telah memburukkan lagi pandemik Covid-19 dengan memberi kesan negatif kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Dengan situasi politik semasa di Malaysia yang telah “agak reda”, kami di Pusat KOMAS mengharapkan Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Ismail Sabri untuk bertindak dengan penuh ikhlas dalam memimpin seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk keluar dari pandemik ini. Kami juga ingin...
Keaiban kepada kerjaya perubatan: Respon terhadap cadangan untuk melindungi kepentingan kumpulan tertentu di dalam sektor perubatan
Pusat KOMAS kecewa dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia pada 23 Jun 2021 berkaitan satu laporan berita bertajuk “Teliti Semula Urusan Pengambilan Pegawai Perubatan”. Kami bersetuju dengan pandangan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bahawa prejudis perkauman dan keagamaan tidak sepatutnya mempengaruhi proses pemilihan sebahagian pegawai kontrak untuk dilantik ke jawatan tetap. Kaum, agama, etnik dan jantina tidak sepatutnya menjadi...
Hentikan provokasi berasaskan sensitiviti perkauman dan agama, elak tindakan melulu, jauhi perbuatan yang berniat jahat
Kluster Harmoni Platform CSO untuk Perubahan mengecam tindakan kekerasan fizikal yang berlaku dalam insiden pergaduhan berunsurkan sensitiviti keagamaan yang berlaku di Sungai Way, Petaling Jaya pada 11 Jun 2021. Berdasarkan siaran media oleh Ketua Polis Petaling Jaya pada 11 Jun 2021, kami berpandangan isu ini dapat dibendung sekiranya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dihormati tanpa penularan tangkap layar aplikasi yang mendedahkan maklumat pelanggan. Selain itu, penghantar makanan...
Konflik Palestin Israel: Gencatan senjata dialu-alukan tetapi amalan diskriminasi terhadap Warga Palestin harus dihentikan
Photo credit to IndiaToday Pusat KOMAS mengalu-alukan genjatan senjata yang diumumkan oleh pihak Israel dan Hamas setelah tindakan ketenteraan oleh rejim “aparteid” Israel yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan tidak seimbang terhadap rakyat Palestin di Gaza serta Tebing Barat baru-baru ini yang telah berlarutan selama lebih satu minggu. Kejadian berbalas serangan antara pihak Israeli Occupation Forces (IOF) dan Hamas yang tercetus sebelum sambutan Aidilfitri lalu bukanlah satu perkara yang...