Kempen Jom Balik Undi Bah! Sabah & Sarawak menyeru semua rakyat Sabah dan Sarawak di Semenanjung Malaysia untuk balik mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang.Mengikut statistik Daftar Permilih Terkini Sehingga (ST 3/2012) mengikut (kerusi Parlimen) oleh SPR yang diwartakan pada 27 November 2012, jumlah pemilih biasa dan tidak hadir di Sabah ialah 969,497; manakala bagi Sarawak ialah 1,069,654. Dalam jumlah ini juga termasuk bilangan rakyat Sabah dan Sarawak yang bekerja dan yang sedang menuntut di IPTA/IPTS di Semenanjung Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia, pemilih dari Sabah dan Sarawak mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak mengundi pada PRU13.

Pelbagai rintangan dihadapi oleh Rakyat Sabah dan Sarawak untuk menunaikan hak mengundi, ramai tidak dapat balik ke kampung halaman kerana kos penerbangan dan perjalanan amat tinggi. Ini salah satu punca mereka tidak dapat melaksanakan hak untuk mengundi. Tarikh pilihan raya yang tidak menentu seperti dibuat selepas cuti semester atau hari perayaan besar juga mengakibatkan ramai rakyat Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung tidak dapat balik undi.

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan aspirasi Rakyat Sabah & Sarawak untuk melibatkan diri dalam proses pilihan raya yang amat penting ini. Berikut adalah tuntutan yang diutarakan.

  1. Menyeru semua pengundi yang berdaftar dari Sabah dan Sarawak yang berkerja dan menetap disemenanjung Malaysia untuk balik dan menunaikan hak mengundi mereka.
  2. Menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperluaskan hak undi pos kepada pemilih dari Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia, dan memastikan rakyat mampu melaksanakan tanggungjawab undi dengan sepenuhnya.
  3. Menyeru jasa baik syarikat-syarikat swasta Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawap CSR mereka dan menyumbang dana untuk menampung kos tiket ke Sabah dan Sarawak. Khususnya, kami berharap syarikat penerbangan seperti Air Asia dan Malaysian Airlines untuk merendahkan harga tiket atau memberi tiket percuma khas untuk pengundi Sabah dan Sarawak balik dan mengundi. Baru-baru ini syarikat penerbangan AirAsia X menawarkan tiket harga murah untuk rakyat Malaysia di luar negeri balik mengundi (pautan-http://bit.ly/W34G9t). Kami berharap ini dapat dilanjutkan kepada Pengundi Sabah & Sawawak.
  4. Meminta jasa baik dan pertimbangan IPTA/IPTS, syarikat swasta dan jabatan kerajaan memberi cuti khas 2-3 hari untuk pemilih Sabah dan Sarawak pulang mengundi.

 

Kempen ini diterajui oleh Anak Muda Sabah,Sarawak & Pusat Komas dengan sokongan BERSIH 2.0.

Disokong Oleh:

  1. Borneo Youth Revolution
  2. Amnesty International (AI)
  3. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
  4. Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAman)
  5. Anti Emf Radiation Alliance
  6. Asalkan Bukan UMNO (ABU)
  7. Bersih Johor Bahru
  8. Bersih Kluang
  9. BERSIH Sabah
  10. BERSIH New Zealand
  11. Borneo Resources Institute Malaysia (BRIMAS)
  12. Centre for Orang Asli Concerns (COAC)
  13. Centre for Policy Initiatives (CPI)
  14. Community Action Network (CAN)
  15. Coalition Of Kelantan NGOs
  16. Education and Research Association for Consumers (ERA Consumer)
  17. Federation of Malaysian Indian Organization (PRIMA)
  18. Gabungan Ngo Pengerang
  19. Gabungan Tanah Rakyat (Tanah)
  20. Gegar
  21. Gerakan Pengembangan & Penyelamatan Pelajaran Bahasa Cina
  22. Hak Air Untuk Semua (HAUS)
  23. Himpunan Hijau Selatan
  24. Jawatankuasa Bertindak Penduduk-Penduduk Kampung Bakar Batu, Perling
  25. Jawatankuasa Bertindak Waris Mangsa Manipulasi Tanah Projek Bauksite, Ramunia
  26. JERIT (Jaringan Rakyat Tertindas)
  27. Johor People’s Action Group (JPAG)
  28. Johor Yellow Flame (JYF)
  29. Kesatuan Sekerja Industri Electronik
  30. Kelab Bangsar Utama (KBU)
  31. KLSCAH youth
  32. Lawyers for Liberty (LFL)
  33. LLG Cultural Development Centre
  34. Malaysia Youth and Student democratic movement (DEMA)
  35. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
  36. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA))
  37. Malaysian Physicians for Social Responsibility
  38. Malaysians for Beng Hock (MFBH)
  39. Mama Bersih (Johor)
  40. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
  41. Panggau,Sarawak
  42. Partners of Community Organisations (PACOS)
  43. Persahabatan Semparuthi
  44. Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)
  45. Persatuan Kawan Karib Johor
  46. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  47. Persatuan Komuniti prihatin Selangor Dan KL
  48. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)
  49. Persatuan Persahabatan Phoenix (Skudai, Pekan Nenas & Kota Tinggi)
  50. Persatuan Persahatan Abad Ke 21 (Johor)
  51. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  52. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
  53. Sarawak Dayak Iban Association (Sadia)
  54. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  55. School of Acting Justly, Loving Tenderly and Walking Humbly (SALT)
  56. Serdang bharu school alumni youth
  57. Sinui Pai Nenek Sengik (SPNS)
  58. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
  59. Stop Public Nuisance, Save Johor Cycling Club
  60. Street Project Kuala Lumpur (SPKL)
  61. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  62. Tenaganita
  63. The League Of Veteran Parents For Social Transformation
  64. The Yellow Dots
  65. Women’s Aid Organization (WAO)
  66. Writer alliance for media independence WAMI