Kota Bharu Kelantan 13 Jun 2014 ( Jumaat)

Seramai 36 peserta telah menghadiri bengkel Penggerak Masyarakat yang melibatkan 7 negeri iaitu Kelantan tuan rumah, Selangor, Melaka, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Bengkel Penggerak Masyarakat kali ini bertujuan membantu memperkasakan ( Community Organiser) mempunyai kemahiran, keterbukaan dan berwawasan serta bermatlamat. Mendorong mereka untuk memahami bahawa tugasan, kemahiran dan peranan CO harus merangkumi pelbagai tahap komuniti, kebangsaan dan antarabangsa. Selain daripada itu menyedarkan mereka bahawa strategi dan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelaras adalah amat penting. Oleh itu diharap selepas bengkel ini kesemua peserta mempunyai kemahiran untuk menyelaras.

Bengkel ini bermula pada 12hb dan akan berakhir pada 15hb iaitu hari Ahad. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang bengkel ini. Secara kesimpulannya harapan supaya kesemua peserta dapat ilmu yang telah dipelajari sepanjang bengkel ini.