Pusat KOMAS is deeply disappointed and concerned over the delimitation proposal that was gazetted[1] earlier today.

Looking at the report published by EC, the delimitation is found to be flawed and unfair as it contains elements of gerrymandering – the act of manipulating boundaries of (an electoral constituency) so as to favour one side or party.

Pusat KOMAS believes that the delimitation is an act of injustice towards the people’s votes and it may have a long term effect in imperilling national harmony and unity of Malaysians.

The elections which is supposed to be a festivity for the people of a democratic country, now seemed to be a tragedy waiting to happen where Malaysians are made to go against each other. This is a direct implication of the divide and rule activities conducted by SPR that draw the electoral constituency according to ethnic line.

Based on the speech made by YB Ong Kian Ming in Parliament yesterday, it is clearly shown how that the delimitation was intentionally crafted to disrupt a constituency that has diverse population of ethnics into becoming a constituency that is dominated by one ethnic. Taking P74 Lumut as an example, the delimitation has caused a major increased of Malay voters from 51% to 71% which now made the constituency being dominated by the Malays as compared to the previous map which consisted of a more diverse population. The same practice is also seen, among others, for P107 Sungai Buloh, P109 Kapar and P124 Bandar Tun Razak.

Pusat KOMAS is also astounded by the statement made by Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, the Chairman of EC, in an exclusive interview with the New Straits Times that was published earlier today, which supported the acts of racial delimitation on the basis of voter’s interest. Pusat KOMAS found this statement to be oblivious and full of prejudice and is not supposed to be made by a person of his position.

Pusat KOMAS would like to emphasize that the new electoral map that is divided into ethnic lines may pose to be a major cause which may lead to the usage of dirty politics of race and religion that would subsequently grow and spread within the country.

Pusat KOMAS is indeed saddened by the SPR actions, who are supposed to be the ones who would ensure the upcoming election to run in a smooth and peaceful manner; instead, SPR had intentionally decide to place Malaysians in a position against each other. Being the main institution that is responsible to safeguard parliamentary democracy, SPR should should walk in shame as it has failed the people to uphold its vision and mission of conducting a clean and fair election.

For that matter, Pusat KOMAS would like to call upon all Malaysians to keep our spirit high, to go out and vote to defeat this dirty and unfair election process. Pusat KOMAS also would like to call upon all Malaysians to actively participate in the PEMANTAU campaign that is launched by Bersih 2.0 where Pusat KOMAS will be observing issues of racial politics and racial discriminations during the election.

Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan!

Pusat KOMAS


Persempadanan Semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Memecah Belahkan Rakyat Malaysia dan Mengalakkan Politik Perkauman

Pusat KOMAS berasa amat kecewa dan risau melihat kepada cadangan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya yang telahpun diwartakan[1] hari ini.

Melihat kepada laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), persempadanan semula kali ini bukanlah satu aktiviti yang dibuat secara adil yang secara jelas bercirikan gerrymandering – manipulasi sempadan pilihan raya bagi memihak satu-satu pihak.

Pusat KOMAS berpandangan bahawa selain telah menzalimi kuasa undi rakyat, persempadan semula ini juga mampu memberi kesan yang amat serius kepada perpaduan antara kaum dalam jangka panjang.

Pilihan raya yang seharusnya menjadi satu pesta demokrasi rakyat yang diraikan kini mula kelihatan sebagai satu tragedi perpecahan antara kaum yang sedang menanti untuk berlaku. Ini adalah akibat secara langsung dari kegiatan pecah dan perintah yang dibuat oleh SPR yang turut menampakkan sempadan berdasarkan etnik.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh YB Ong Kian Ming di Parlimen semalam, jelas menunjukkan bagaimana persempadanan semula ini telah dengan sengaja telah memecah-belahkan kawasan pengundi yang berbilang etnik menjadi satu kerusi yang didominasi satu etnik sahaja. Mengambil contoh persempadanan semula bagi P74 Lumut, pertambahan pengundi Melayu dari 51% kepada 71% telah menyebabkan kerusi tersebut menjadi kerusi dominan bagi etnik Melayu berbanding sebelumnya yang mempunyai pengundi yang lebih rencam. Perkara yang sama turut berlaku di P107 Sungai Buloh, P109 Kapar, dan P124 Bandar Tun Razak antara lainnya.

Pusat KOMAS turut terkejut dengan kenyataan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi SPR yang dibuat dalam temuramah bersama akhbar New Straits Time, yang dikeluarkan awal hari ini yang mempertahankan persempadanan dibuat mengikut etnik atas alasan mahu meletakkan suatu etnik dalam satu kawasan atas dasar kepentingan pengundi.  Pusat KOMAS ingin menyatakan bahawa kenyataan ini adalah satu kenyataan yang cukup jahil dan penuh dengan prejudis yang tidak sepatutnya datang dari seseorang berjawatan seperti beliau..

Pusat KOMAS ingin menegaskan bahawa peta pilihan raya yang dipecah dan perintah mengikut etnik ini adalah penyebab utama yang menyumbang kepada politik kotor berbaur perkauman dan agama untuk terus berleluasa dan kekal berleluasa dalam negara.

Pusat KOMAS amat-amat kesal dengan SPR yang seharusnya bersikap adil dan prihatin untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar dan aman telah sengaja memilih untuk melaga-lagakan sesama etnik dalam pilihan raya akan datang. Sebagai institusi utama yang memelihara acara utama negara demokrasi berparlimen, SPR seharusnya tunduk malu untuk menghadapi rakyat diatas kegagalan mereka dalam membawa visi dan misi murni penubuhan mereka mempertahankan proses utama negara demokrasi berparlimen dengan bersih dan adil.

Oleh yang demikian, Pusat KOMAS ingin menyeru agar rakyat untuk terus bersemangat untuk keluar mengundi secara beramai-ramai bagi menewaskan sistem pilihan raya yang kotor dan zalim ini. Pusat KOMAS turut ingin mengajak agar rakyat secara aktif berpartisipasi dalam kempen PEMANTAU yang dilancarkan oleh Bersih 2.0 di mana Pusat KOMAS turut berkerjasama dalam membuat pemantauan terhadap isu politik perkauman dan diskriminasi kaum dalam pilihan raya.

Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan!

Pusat KOMAS