Kami Komuniti Orang Asli Kampung Pos Gob ingin menyuarakan, kesusahan yang dihadapi oleh penduduk kampung yang tidak pernah dialami dahulu. Kami berasa amat sedih untuk melihat apa yang telah berlaku pada Hutan dan Tanah yang kami duduki sejak turun temurun daripada nenek moyang kami. Pada masa dahulu, kami tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapatkan hasil-hasil pencarian yang kami mahu.

Apabila syarikat pembalakan memasuki kampung kami, kami komuniti Orang Asli berasa sempit dan berasa tidak senang sebab berlakunya pencemaran sungai, runtuhan tanah, tebangan kayu-kaya, kehilangan semua jenis tumbuh-tumbuhan dan sumber-sumber mata pencarian dan juga kehilangan adat sewang kami yang telah kami amalkan sejak turun-temurun dari nenek moyang kami. Setiap hari, kami Penduduk Orang Asli Kampung Pos Gob berasa susah sejak kemasukan syarikat pembalak tanpa perudingan keseluruhan. Oleh itu, kami telah bangkit membuat bloked kerana kehilangan Hutan untuk pengamalan Adat kami.

2

Pencemaran Mata Sungai akibat Pembalakan

Walaupun syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembalakan telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri namun, kami pihak komuniti Orang Asli membantah sekeras-kerasnya membantah syarikat yang menjalankan pembalakan di dalam kawasan Tanah Wilayah Adat kami di Kampung Pos Gob. Ini kerana, aktiviti sedemikian melanggar cara Adat Orang Asli dan turut memusnahkan cara-cara kehidupan adat kami yang telah kami amalkan sejak dulu lagi. Ini mengambarkan ketidakprihatinan pihak-pihak pembalak terhadap nasib beribu-ribu Orang Asli yang telah menduduki tanah adat ini sejak turun-temurun dan juga bergantung hidup kepada sumber alam dan sungai.

Namun demikian, tiada sebarang perbincangan yang berlaku di antara pihak syarikat pembalakan yang kaya raya dan Kerajaan Negeri bersama dengan penduduk Kampung Pos Gob yang telus menurut prinsip “Berasaskan Makluman Awal, Bebas dan Telus” seperti mana yang terkandung di dalam UNDRIP. Apabila kami penduduk Orang Asli Kampung Pos Gob membuat surat bantahan, surat yang telah dihantar tidak dilayan. Apabila kami membuat bloked, barulah pihak syarikat ingin berbincang bersama. Namun begitu, perbincangan tersebut bertujuan memaksa penduduk komuniti untuk membuka bloked supaya pihak syarikat pembalakan dapt menerukan kerja-kerja membalak.

Pada  4hb Jun 2016, pihak syarikat telah membeli barang makan yang kering di Gua Musang dan telah menyuruh pihak polis membawa makanan tersebut kepada penduduk Orang Asli Kampung Pos Gob. Walaupun kami masyarakat Orang Asli menolak barang makanan berkenaan, pihak polis tetap memaksa kami menerima barang makanan tersebut. Pihak polis turut berkata bahawa barang makanan ini tidak mempunyai sebarang unsur rasuah walaupun pihak komuniti kami menyatakan bahawa barang makanan yang diberi itu berunsur rasuah.

Pada 8hb June 2016, tauke syarikat pembalakan, Encik Al Tong menyuruh kami komuniti Orang Asli meluluskan kawasan pembalakan yang telah mereka memasuki sebelum penduduk kampung membuat bloked, tetapi kami pihak penduduk kampung Pos Gob tetap tidak membenarkan mereka memasuki kawasan tersebut. Selepas itu, tauke syarikat pembalakan itu hendak merempuh bloked yang telah dibina. Pihak komuniti Pos Gob telah disuruh untuk duduk di depan bloked sekali dengan lelaki dan wanita yang mendukung anak mereka untuk menghalang bloked walaupun tauke syarikat tetap berkeras untuk merempuh bloked tersebut. Kami juga turut berkata bahawa kami tidak akan berlari dari bloked yang telah dibina dan kami tetap akan bertahan walaupun tauke itu berkeras untuk merempuh. Kami masyarakat Orang Asli rela mati dalam bloked ini kerana kami menyayangi hutan dan sungai yang membentuk alam semula jadi. Selain itu, kami telah menduduki tanah ini sejak berjuta-juta tahan dahulu.

Pegawai polis perisikan IPD Gua Musang telah mengawal keselamatan kami Orang Asli daripada tindakan tauken yang hendak merempuh pagar bloked, tetapi kami pihak masyarakant Orang Asli Kampung Pos Gob tetap membantah pembalakan di dalam kawasan tanah wilayah adat kami.

1

Penduduk Kampung Mempertahankan Bloked

Oleh Komuniti Orang Asli Pos Gob