Ethnic-Based Political Parties are not Relevant in Malaysia

Reject Racism

Pusat KOMAS is appalled by the views by certain quarters which stressed that ethic-based political parties are still relevant in this country. We would like to reiterate that ethic-based political parties are not and will not be relevant in the past, present or in the future.

It is essential to note that the establishment of ethnic-based political parties are a manifestation of the divide and rule policy which was used by colonial administrators in the past to maintain power. It is therefore imperative for any post-independent countries to reject and eliminate any forms of dangerous manifestations like racial politics to be practiced in our country.

This could be seen in nations which was established based on ethnic-based political parties’ ideologies, where weak state policies were developed just to favour a particular ethnic group. The development of such policies have inhibited the country from developing optimally in several angles be it, socially, politically and economically.

The statement made by Gerakan’s Party President, Mah Siew Keong, on 6th January 2018 as reported by Free Malaysia Today, stating that, “it is not time to dispose of race-based political outfits” was indeed alarming and disappointing. As a party which was established based on a multi-ethnic composition, Gerakan as a political party should have understood and embraced the importance of diversity and strongly championed for all political parties to be free from the narrow ethnic-centric thinking.

Unfortunately, the statement by Mah Siew Keong had provided a glimpse of the weak political situation and the lack of political will of political parties to find solutions for the needs of the people. Instead, they had resulted on the usage of racial politics in order to garner support from the people.

Pusat KOMAS would like to urge all parties, including the people and the political leaders to be aware and to understand that there is no place for any forms of racial politics in a multi-ethnic and religious country. It is now time for all parties to stop being apologetic for the past systematic errors; but, to instead be firm in championing inclusive politics in Malaysia.

Furthermore, as the 14th General Elections will be announced soon, Pusat KOMAS would like to remind all parties especially political leaders to stop the usage of racial politics as a means to garner support from the people.

As Malaysia aspires to be a developed nation, as it was highlighted in Vision 2020 and Transformasi Nasional 2050, it is now timely for all parties to work together in ensuring that our beloved nation is free and independent from any forms of racial colonization which is devastating for the nation.

Pusat KOMAS


Parti politik berasaskan etnik tidak releven di Malaysia

Pusat KOMAS membidas mana-mana pandangan yang menyatakan bahawa parti politik berasaskan etnik adalah releven di dalam negara. Pusat KOMAS ingin menegaskan bahawa ia adalah tidak releven dulu, tidak relevan sekarang, apatah lagi masa depan.

Semua pihak harus memahami bahawa parti politik berasaskan etnik ini adalah bayangan kepada politik pecah dan perintah yang dilakukan oleh penjajah yang seharusnya terhapus dalam mana-mana gerakan politik pasca merdeka.

Negara yang tertubuh berasaskan konsep “concosotionalisme” ini telah menghasilkan banyak dasar negara yang rapuh yang secara langsung membantutkan perkembangan negara dari pelbagai sudut, sosial, politik dan juga ekonomi,  dari mencapai potensinya yang optimum.

Kenyataan Presiden Parti Gerakan, Mah Siew Keong adalah sesuatu yang amat mengejutkan dan mengecewakan. Parti beliau yang secara dasarnya merupakan parti yang mempunyai keahlian pelbagai etnik seharusnya lebih faham, malah lebih kuat memperjuangkan parti yang bebas dari pemikiran sempit etnik-centric.

Malangnya, ini adalah cerminan realiti bagi keadaan politik sekarang yang amat lemah dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi rakyat sehingga menyebabkan perlunya menggunakan politik perkauman sebagai pemangkin sokongan.

Oleh yang demikian, Pusat KOMAS menggesa agar semua pihak, termasuk rakyat dan pemimpin politik sedar dan memahami bahawa dalam negara yang berbilang etnik dan agama, seharusnya tidak ada tempat lagi bagi agenda politik kuno dan sempit yang berasaskan satu etnik. Sudah tiba masanya semua pihak berhenti bersikap apologetic terhadap kesilapan sistematik yang lalu tetapi lebih bertegas dan berusaha keras dalam mengetengahkan politik perubahan yang memberi nafas baharu kepada politik yang lebih terangkum (inclusive).

Dalam menghadapi PRU-14 yang akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja, Pusat KOMAS juga menggesa agar semua pihak khususnya pemimpin politik agar berhenti menggunakan politik perkauman sebagai kaedah mengaut undi rakyat.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai aspirasi menjadi negara maju, seperti yang tercatat dalam Wawasan 2020 dan Transformasi Nasional 2050, Pusat KOMAS mengajak semua pihak untuk berkerjasama dalam mengemansipasi negara tercinta supaya merdeka dari sebarang bentuk penjajahan perkauman yang membinasakan.

Pusat KOMAS