The Proposal for the Abolishment of Scholarships for Ethnic Minority Students is a Betrayal to Malaysia’s Nation Building

Picture taken from Ratify ICERD Now, Stop Racism

Pusat KOMAS condemns the racist statement that was made during the “Konvensyen Kebangkitan Ummah” that was held last Saturday especially for the call of the abolishment of scholarships for students from the ethnic minority.

Pusat KOMAS would like to stress that the call for the abolishment of scholarships for the ethnic minority students in Malaysia is an arrogant call that should not exist in an independent state which wishes to be a developed nation. Pusat KOMAS further believes that this discriminatory call would definitely be a hindrance for the nation to achieve its real potential.

It is appalling that the suggestion came from Dato’ Abdul Raof Husin, who was a former senior government official in the Education Ministry. As a person who had worked in the Education Ministry, he should have a better understanding and grasp of the Malaysia’s National Education Philosophy which emphasizes on the importance of “harmony and prosperity in the society” in the efforts of building an educated nation.

Furthermore, we strongly condemn the statement made by the Deputy President of Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Sirajuddin Salleh who tried to justify the abolishment of scholarships for the ethnic minority by relating to it the bloody tragedy of May 13. Pusat KOMAS believes that the irresponsible statement issued is malicious in nature.

It is extremely unfortunate that even after 60 years of independence, there are still educated people who are still not free and independent from the narrow racial mentality. The proposal made to abolish the scholarships would instead create new colonies and subsequently impede the progress of the people and the nation.

It is undeniable that Article 153 in the Malaysian Federal Constitution reserves the special rights of the ethnic Malays in obtaining a scholarship for the education. However, we need to realize that the same provision also recognizes the importance of protecting the interest of the other ethnic groups which are in line with Article 8 of the Federal Constitution which prevents all forms of discrimination.

Hence, Pusat KOMAS calls upon all individuals and groups to respect and uphold the principle of preventing such forms of discrimination from reoccurring in combatting any forms of treason against the development of a just and prosperous Malaysia nation.

Pusat KOMAS


 

Cadangan Pemansuhan Biasiswa kepada Pelajar Etnik Minoriti merupakan satu Pengkhianatan terhadap Pembinaan Negara Bangsa Malaysia

Pusat KOMAS menolak dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan bersifat perkauman yang dibuat di Konvensyen Kebangkitan Ummah Sabtu lalu khususnya cadangan pemansuhan biasiswa kepada pelajar etnik minoriti.

Pusat KOMAS ingin menegaskan bahawa kenyataan pemansuhan biasiswa kepada pelajar etnik minoriti dalam negara merupakan cadangan yang jadong (jahat, bodoh dan sombong) yang tidak seharusnya wujud dalam negara merdeka yang berhasrat menjadi sebuah negara yang maju. Pusat KOMAS turut berpandangan bahawab cadangan diskiminatori tersebut pastinya menyebabkan negara gagal untuk mencapai tahap potensi kemajuan sebenar.

Pusat KOMAS kesal bahawa cadangan tersebut datang dari Dato’ Abdul Raof Husin, yang merupakan bekas pegawai kerajaan yang pernah menjawat jawatan kanan di Kementerian Pendidikan. Sebagai seorang pendidik, beliau seharusnya lebih faham dan menjiwai semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara, yang meletakkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara sebagai asas pembinaan bangsa terdidik.

Pusat KOMAS turut mengecam kenyataan Datuk Sirajuddin Salleh, Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang merujuk kepada tragedi berdarah 13 May sebagai sandaran untuk membenarkan pemansuhan biasiswa kepada etnik minoriti. Pusat KOMAS berpendirian bahawa kenyataan yang tidak bertanggungjawab sedimikian rupa adalah satu kenyataan yang berniat jahat.

Setelah lebih kurang 60 tahun Malaysia bebas dan merdeka, adalah amat malang sekiranya terdapat bangsa Malaysia, khususnya golongan yang terdidik, masih gagal untuk bebas dan merdeka dari mentaliti sempit perkauman. Disebalik membina negara yang maju, cadangan ini hakikatnya memujudkan golongan penjajah baru yang menghalang kemajuan bangsa dan negaranya sendiri.

Tidak dinafikan bahawa Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kedudukan istimewa bagi etnik Melayu antara lain dalam mendapatkan biasiswa dalam melanjutkan pelajaran. Namun perlu diingatkan bahawa peruntukan yang sama juga memperakui keperluan melindungi kepentingan kaum-kaum lain yang selaras dengan semangat pencegahan diskriminasi yang termaktub di dalam Artikel 8.

Oleh yang demikian, Pusat KOMAS ingin menyeru agar semua pihak menghormati dan juga mengangkat prinsip pencegahan diskriminasi tersebut dalam menentang sebarang bentuk pengkhianatan terhadap pembinaan negara bangsa Malaysia yang adil, maju dan sejahtera.

Pusat KOMAS