Pusat KOMAS is appalled by the recent statement issued by the Terengganu Police Chief Datuk Aidi Ismail who attributed the low crime rates in Terengganu to the state’s 97% Malay population when referring to the record of gangsterism in the state.

Pusat KOMAS asserts that it is improper for any parties, the government or the general public, to attribute any forms of crimes to a particular ethnic group. Even though, the Terengganu’s police force success in combatting the issue of gangsterism in the state is highly commendable, the attribution of the increase and decrease of crime to particular ethnic group is unjust and uncalled for. It is imperative to note that in the rule of law, any forms of criminal activities are based on the type of crimes committed and not the ethnic group of the perpetrator.

Furthermore, it is important to note that the trend to attribute crimes to a particular ethnic group is not new. In fact, Pusat KOMAS had previously highlighted in its Malaysia Racial Discrimination Report that there has been an increasing trend and tendency of racializing crime in Malaysia.

Pusat KOMAS would like to express our grave concerns over the dangers that may prevail if the trend of racializing crime by the authorities continues as it may lead to the erosion of the social fabric that binds all Malaysians together. What is worse, it may contribute to widespread discrimination in the future.

As Malaysia is a country which uphold values in nation building, it is essential for all parties to understand and appreciate that every Malaysians are advocate of peace that reject any form of violent and criminal acts.

Hence, Pusat KOMAS urges all parties to stop racializing crime and invites everyone, especially the Terengganu Police Chief to be mindful and cautious by not attributing a particular ethnic group to any forms of crimes.

Pusat KOMAS

PUSAT KOMAS MEMBANTAH KENYATAAN KETUA POLIS TERENGGANU

Pusat KOMAS membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail yang mengaitkan kegiatan jenayah dengan kaum (pemerkauman jenayah / racializing crime) apabila merujuk kepada kadar gangsterisme di negeri tersebut.

Pusat KOMAS berpendirian adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak, kerajaan mahupun orang awam, mengaitkan mana-mana etnik dengan sebarang bentuk jenayah. Sungguhpun kejayaan Terengganu dalam membanteras jenayah gangsterisme adalah sesuatu yang amat membanggakan, mengaitkan naik dan turun jenayah kepada sesuatu etnik adalah salah dan tidak adil. Ini terutama sekali adalah kerana dihadapan undang-undang mana-mana aktiviti jenayah tidak mengambil kira sebarang etnik pelaku salah mahupun mangsa tetapi kepada jenis jenayah yang dilakukan.

Hasil dari pemantauan Pusat KOMAS yang didokumenkan didalam Laporan Diskriminasi Kaum semenjak dua tahun yang lepas, Pusat KOMAS mendapati bahawa terdapat kencenderungan yang tinggi untuk orang ramai termasuk kerajaan mengaitkan etnik dengan jenayah  didalam negara.

Pusat KOMAS menzahirkan rasa risau melihatkan perilaku memperkaumkan jenayah jika dilakukan secara berterusan oleh pihak berkuasa khususnya pihak polis, ia mampu menjurus kepada percambahan pemahaman perkauman sempit yang membawa kepada penindasan yang berleluasa.

Sebagai sebuah negara yang mengangkat nilai sebagai tonggak pembinaan bangsa, adalah wajib untuk semua pihak memahami dan menjiwai nilai cintakan keamanan dan menolak keganasan yang wujud dalam setiap jiwa rakyat bangsa Malaysia.

Oleh yang demikan, Pusat KOMAS menyeru agar perilaku pemerkauman jenayah ini dihentikan oleh semua pihak dan mengajak orang ramai khususnya Ketua Polis Terengganu agar bermusabah sebelum mengaitkan suatu etnik dengan mana-mana jenayah.

Pusat KOMAS