Cabaran “Melawan Perkauman di Malaysia: Inovasi ke arah Perpaduan”

bm6_slide1bm6_slide2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk Bahasa Inggeris Tekan Sini

LATAR BELAKANG:

Malaysia adalah sebuah negara yang muda dan bersemangat yang telah menjalani pembangunan negara yang menarik berdasarkan warisan yang kaya dengan etnik, bahasa dan agama yang berbeza. Sejarah yang berbeza di mana komuniti lain datang sejak penubuhan negara ini telah perlahan-lahan menyuling ke dalam apa yang dipanggil sebagai negara Malaysia. Rakyat Malaysia menerima perbezaan kaum, budaya dan amalan. Ia adalah melalui semangat ini di mana negara Malaysia menonjol di dalam kalangan negara-negara lain kerana Malaysia mampu meraikan pelbagai budaya dari etnik yang berbeza dengan harmoni. Walau bagaimanapun, struktur sosial yang menyatukan semua rakyat Malaysia telah mula terhakis pada hari ini. Kesedaran identiti etnik meresap dengan mendalam dalam kalangan setiap masyarakat. Kesedaran identiti etnik telah meresap dengan mendalam dalam setiap masyarakat dan ini dirasakan dengan sangat kuat dalam kedua-dua sektor awam dan swasta. Negara Malaysia kini berdiri dicabar untuk mencari landskap yang baru yang boleh memberikan suara yang sama rata kepada semua rakyat Malaysia.

Dalam sejarah negara kita, terdapat pelbagai inovator Malaysia yang terus mencari jalan penyelesaian untuk memerangi diskriminasi kaum; namun, kerja ini adalah terlalu sedikit. Oleh itu, ia adalah penting untk menjadi inovatif dalam mencari cara-cara yang baru untuk mengatsi masalah ini. Sebagai belia, kita berada dalam kedudukan yang terbaik untuk mendidik orang ramai tentang cara-cara mencabar propaganda kumpulan pelampau dan juga memperkasakan satu sama lain untuk menangani ekstremisme. Pertandingan ini bertujuan menyediakan ruang untuk belia mencadangkan idea-idea inovatif untuk mengalakkan perpaduan di Malaysia.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua belia di Malaysia (15 – 35 tahun)
  • Kertas kerja yang dihantar haruslah merupakan cadangan idea yang segar pada masa dihantar
  • Kertas kerja boleh dihantar dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia

KRITERIA PEMILIHAN

  • Mampu menangani diskriminasi perkauman di Malaysia
  • Idea dapat dilaksanakan dan menunjukkan keberkesanannya dalah 1 hingga 3 bulan
  • Tiada sekatan dalam jenis media yang digunakan (contohnya, video, lagu, forum, kempen, aplikasi, dan lain-lain)
  • Mampu memberi motivasi dan memperkasakan orang lain untuk melibatkan diri dalam menangani diskriminasi perkauman
  • Memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengambil inisiatif sendiri
  • Boleh dilaksanakan dan mudah diikuti orang lain
  • Senang dilaksanakan dan berkos rendah
  • Boleh disampaikan kepada jumlah orang yang besar

ANUGERAH:

  • Pemenang akan dianugerahkan sejumlah RM 2000 Bajet Operasi untuk melaksanakan idea mereka
  • Pemenang akan dijemput untuk menjadi panel penceramah di 6th National Conference on Non-Discrimination
  • Calon-calon yang disenarai pendek akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam 6th National Conference on Non-Discrimination

Sila hantarkan kertas kerja pada 16 Oktober 2016, sehingga 6.00 PM (masa Malaysia) kepada [email protected]

Untuk peraturan lengkap dan informasi, sila muat turn:

Jika ada sebarang soalan, sila hantarkan soalan kepada [email protected]

thumbnail-bm