BUMIPUTERA FOR ALL MALAYSIANS

PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE
20 JUNE 2017

BUMIPUTERA FOR ALL MALAYSIANS

Pusat KOMAS applauds the suggestions made by the Prime Minister Dato’ Seri Najib Tun Razak to study the inclusion of Indian-Muslims as bumiputeras. However, we believe that the study should not only be focused on Indian-Muslims but it should encompass Malaysians from different races to be in line with the values promoted in the 1 Malaysia concept introduced by the Prime Minister.

Pusat KOMAS would like to reiterate that the term “bumiputera” does not exist in the Federal Constitution of Malaysia; instead, it was a term frequently used by those who are in power as a political tool. At the same time, the term is also a policy construct that is often used in many main policies that is drafted by the government. Furthermore, this term is often used in relation to Article 153 of Malaysia’s Federal Consitution which legally refers to the special position of the Malays and those of Sabah and Sarawak.

The term bumiputera in short, refers to “the son of the state” or “the son of the soil”. It is deplorable that even after 60 years of independence and 54 years of the formation of Malaysia, the term bumiputera continues to be applied only to Malaysians from specific races while Malaysians from different races were deprived of the same privileges even though they were born and have been spending their entire lives in Malaysia since independence.

For that matter, Pusat KOMAS welcomes the intention of the Prime Minister to expand the bumiputera status beyond a group of particular races as an act of the purification of the national spirit from the following ideological perspective, “to build a state of nation that is built on the true national foundation which is  in accordance with the broad meaning of humanity and justice that is equally fair and qualified, and no longer on the rigid interpretation of nationality based on racism and the feeling of backwardness and archaic”.

Looking at this perspective, Pusat KOMAS believes that it is timely to have an in-depth and inclusive research to study on the methods of how Malaysian citizens, of all races and not only from a particular race, including the Orang Asli to be given the recognition of a bumiputera, in line with the international human rights standards particularly the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination 1965 (ICERD).

Echoing the demands and hopes of Malaysians through the TN50 dialogue to have a Bangsa Malaysia identity, Pusat KOMAS reiterates our call that it is of utmost importance for Malaysia to conduct such a study immediately through an open and transparent manner as this would be a progressive and proactive step for Malaysia to be a truly developed and socially cohesive nation.

Issued by:
Mr. Adli Zakuan
Programme Director
Pusat KOMAS

 

_____________________________________________________________________________

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
20 JUN 2017

BUMIPUTERA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Pusat KOMAS menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk mengkaji penyertaan kaum India beragama Islam sebagai bumiputera dan seterusnya menggesa agar kajian tersebut turut meliputi kaum-kaum rakyat Malaysia lain secara keseluruhannya sebagai menyinggapi nilai-nilai yang ingin dibawa oleh YAB Perdana Menteri melalui konsep 1 Malaysia.

Walaubagaimanapun, Pusat KOMAS berpendirian bahawa terma bumiputera bukanlah satu terma yang digunapakai dalam mana-mana perundangan mahupun dalam perlembagaan malah hanya merupakan satu kenyataan politik yang secara amnya sering digunakan oleh mereka yang berkepentingan. Pada masa sama, ia juga merupakan terma yang dibina dan digunapakai dalam beberapa polisi utama negara. Malah ia turut sering dikaitkan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang secara perundangan merujuk kepada kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

Bumiputera secara ringkas merujuk kepada anak negeri dan membawa maksud anak tulen di sesebuah negara (son of the soil). Setelah 60 tahun merdeka dan 54 tahun terbentuknya Persekutuan Malaysia, Pusat KOMAS berpandangan ia adalah satu tindakan zalim untuk takrifan bumiputera negara Malaysia ini hanya digunakan bagi sesuatu kaum tertentu dan menafikan kaum yang lain walaupun secara faktanya Malaysia merupakan tanah dimana mereka dilahirkan dan tanah tumpahnya darah bagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Oleh yang demikian, Pusat KOMAS merai niat YAB Perdana Menteri untuk mengembangkan kumpulan bumiputera yang boleh dilihat sebagai pemurnian makna kebangsaan bumiputera dari sudut ideologi yang ingin mendirikan “negara kebangsaan di atas dasar kebangsaan sebenar-benarnya, menurut keadilan dan kemanusiaan yang luas dan samaberhak dan adil, dan bukan lagi kebangsaan yang sempit berbau perkauman dan perasaan kolot dan kuno.”

Melihat kepada pendekatan ini, maka Pusat KOMAS berpandangan adalah wajar dan bertepatan untuk diadakan satu kajian lebih mendalam dan terbuka dalam menilai kaedah bagaimana rakyat Malaysia dari etnik-etnik lain secara kesuluruhannya, termasuk orang asli agar turut sama diberi pengiktirafan bumiputera dan seterusnya kedudukan istimewa yang selayaknya diberikan kepada kesemua rakyat Malaysia agar sejajar dengan piawaian undang-undang hak asasi antarabangsa terutama Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pengahapusan Diskriminasi Kaum dari Semua Bentuk 1965 (ICERD).

Menggemakan tuntutan dan harapan rakyat Malaysia melalui dialog TN50 untuk membentuk satu identiti Bangsa Malaysia, Pusat KOMAS akhir sekali menegaskan bahawa ia adalah satu perkara wajib untuk negara yang berlunaskan nilai-nilai Islam untuk perkara ini dilaksanakan dengan segera, tanpa berlengah, dan terbuka sebagai satu langkah yang progresif dan proaktif untuk Malaysia menuju kearah negara maju.

Dikeluarkan oleh:
Mr. Adli Zakuan
Pengarah Program
Pusat KOMAS

Aku Bangsa Malaysia 1